Harian Metro

Dijel setahun simpan 7 logo Daish

-

Kuala Lumpur: Seorang juruteknik komputer dipenjara setahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas pertuduhan memiliki tujuh logo yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daish, tahun lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian terhadap Mohammad Hakimin Azman, 31, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 25 September 2016.

Terdahulu, dalam penghakima­nnya, Nordin menasihatk­an Mohammad Hakimin supaya tidak terbabit langsung dengan kegiatan Daish kerana kumpulan itu diwartakan sebagai pengganas yang banyak membawa kehancuran kepada negara.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Hakimin didakwa memiliki tujuh logo berkaitan dengan pengganas di Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Kinta, Perak, pada jam 12 tengah hari, 25 September 2016.

Sementara itu, peguam Mohd Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman penjara untuk tempoh singkat kerana ia kesalahan pertama anak guamnya.

Tambahnya, anak guamnya sudah insaf dan menyesal serta tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum mengendali­kan pendakwaan memohon mahkamah memberikan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran supaya dapat membendung gejala keganasan yang semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia