Harian Metro

Sasar perokok menurun 15% ‘Qatar budak nakal dibuli’

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan menyasarka­n prevalens (kelaziman) perokok di Malaysia menurun 15 peratus pada 2025 sebelum menurun kepada lima peratus pada 2045, sekali gus menjadikan negara bebas asap rokok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, pihaknya sedang berusaha keras merealisas­ikan hasrat itu selaras dengan usaha Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, menurut rekod seramai 22 peratus rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas merokok dan 43 peratus lelaki di negara ini adalah perokok.

“Harapan kita untuk mengurangk­an jumlah perokok menjelang 2050 dan mengisytih­arkan negara bebas asap rokok.

“Sebagai kerajaan kita lakukan beberapa perkara seperti menaikkan cukai eksais rokok 45 peratus,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2017 anjuran bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan The Sunway Group di Sunway Putra Mall, di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menambah lokasi larangan merokok seperti kedai makan serta kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memastikan usaha itu tercapai.

Tidak ubah seperti budak nakal yang dibuli. Begitulah gambaran ringkas mengenai krisis Qatar yang dipencilka­n negara jiran Arabnya membabitka­n Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir.

Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabang­sa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahim Ahmad berkata, isu sebenar dalam krisis itu berkaitan kepentinga­n dan keseimbang­an kuasa.

Menurutnya, sokongan negara itu terhadap Ikhwanul Muslimin yang dikaitkan dengan keganasan hanya sebagai alasan ingin berkrisis dan menidakkan pandangan dunia.

“Isu itu keseimbang­an kuasa. Keseimbang­an perlu ialah Iran adalah satu kuasa digeruni. Qatar dianggap sebagai budak nakal. Qatar mengambil pendirian menyokong Ikhwanul Muslimin,” katanya ketika mengulas isu berkaitan pemulauan ke atas Qatar dalam Bicara Persada di UKM, di sini, semalam.

Beliau seorang daripada tiga ahli panel dalam program bicara itu. Dua lagi ialah Prof Dr Kamaruzzam­an Yusof dari Fakulti Ketamaduna­n Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UKM Abdul Muein Abadi. Moderator adalah Penerbit Eksekutif Astro Awani Nazri Kahar.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan sekutunya yang lain memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu.

Mereka menuduh peranan Qatar menyokong ekstremis sebagai punca negara itu diboikot. Doha bagaimanap­un menafikan tuduhan itu.

Dr Kamaruzzam­an berkata, ada sesuatu dimiliki Qatar tidak dimiliki negara lain, antaranya ibu pejabat Al-Jazeera di Doha, peranan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi yang memberi nasihat kepada negara itu dan penajaan kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Barcelona.

“Mereka memberi fokus kepada Qatar kerana mereka tahu akan menemui kegagalan jika mereka melakukan hal yang sama ke atas Turki dan Iran. Oleh kerana itu, mereka buli ‘budak nakal’ ini, mudah-mudahan ianya turut memberi kesan kepada Turki dan Iran,” katanya.

Berdepan dengan isu itu, beliau berharap Malaysia terus mengamalka­n dasar berkecuali, bahkan sekiranya ingin menanganin­ya mestilah membabitka­n penyertaan banyak pihak atau negara bukannya sebelah pihak saja.

“Namun, oleh kerana ia tidak membabitka­n wilayah kita, biarlah Arab sama Arab. Biarlah mereka selesai.

“Kita (juga) mengharapk­an Pertubuhan Persidanga­n Islam (OIC) berperanan bukan saja dalam isu Qatar tetapi isu Syria,” katanya.

 Doha dipencilka­n negara jiran Arab berkaitan kepentinga­n, keseimbang­an kuasa

 ??  ?? DARI kiri, Dr Kamaruzzam­an, Dr Abdul Rahim dan Abdul Muein pada Bicara Persada di UKM, semalam.
DARI kiri, Dr Kamaruzzam­an, Dr Abdul Rahim dan Abdul Muein pada Bicara Persada di UKM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia