Harian Metro

Minta pertimbang cadangan naik gaji 3 peratus

-

Putrajaya: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam Malaysia (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimb­angkan cadangan kenaikan gaji tiga peratus kepada penjawat awam pada pembentang­an Bajet 2018 nanti.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, permintaan itu berdasarka­n kos sara hidup yang semakin meningkat terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah 40 peratus (B40) sekali gus mengurangk­an beban 1.6 juta penjawat awam.

“Penjawat awam ketika ini berhadapan kos sara hidup semakin membimbang­kan sehingga dibelenggu pelbagai hutang.

“Oleh itu, kami cadang kenaikan gaji tiga peratus itu diberikan kepada mereka yang masih berkhidmat, manakala dua peratus kepada pencen pe- sara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kongres CUEPACS di Hotel Everly, di sini, semalam.

Katanya, kadar gaji ketika ini tidak memadai untuk menampung perbelanja­an kehidupan seharian penjawat awam biarpun cuba berjimat cermat.

“Kita merayu kepada kerajaan mendengar masalah ini, walaupun CUEPACS tidak dijemput ketika Majlis Konsultasi Bajet 2018 baru-baru ini, kami mahu usul ini diketengah­kan,” katanya.

Selain itu, katanya, elaun penjawat awam seperti elaun sara hidup (COLA), elaun perumahan dan elaun perkhidmat­an awam juga perlu dikaji semula supaya selaras keadaan semasa.

“Elaun perkhidmat­an awam sudah 15 tahun tidak dikaji semula dan jumlah elaun terbabit tidak wajar dan perlu perhatian penambahba­ikan oleh kerajaan.

“COLA juga perlu diselaras kerana terdapat beberapa kawasan menerima elaun rendah pada ketika ini, malah dibebani kenaikan kos sara hidup,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia