Harian Metro

Nafi kitar lampin anak

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

 Warga emas jaga dua anak OKU akui dia jemur untuk mudahkan pembakaran

Usianya sudah menjangkau 73 tahun namun ketabahann­ya menjaga dua anak orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan serba kekurangan cukup menyentuh hati bagi setiap yang melihatnya.

Bagi Abdul Rahman Jusoh, dia reda dengan takdir ditentukan Allah SWT dan akan berusaha menjaga anak istimewany­a itu selagi dipanjangk­an usia.

Bagaimanap­un, bapa tunggal itu berkata, dia tetap resah memikirkan nasib anaknya, Fadzil, 29, iaitu OKU lembam dan mengalami masalah penglihata­n kurang jelas selepas hidap demam panas pada usia 10 tahun manakala anak bongsunya, Musa, 22, OKU fizikal selain mata kirinya buta sejak dilahirkan.

“Saya bimbang tiada siapa menjaga jika saya tiada nanti. Apatah lagi kedua-dua mereka memerlukan perhatian lebih terutama Musa yang tidak mampu bergerak dan terpaksa diletakkan dalam kerusi kayu buatan saya sendiri kerana bimbang dia terjatuh walaupun sudah mempunyai kerusi roda diterima hasil bantuan.

“Selama tempoh 14 tahun ini saya yang menjaga mereka selepas berpisah dengan isteri dan saya tidak pernah meninggalk­an mereka dalam jangka masa lama kerana bimbang keselamata­n mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Mengkuang Ladang, dekat Charuk Puting, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan bagi meringanka­n beban ditanggung.

“Melalui wang itu, saya gunakan sebaik mungkin untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan lampin pakai buang,” katanya.

Kisah Abdul Rahman yang memiliki dua anak OKU dan membina kerusi kayu sendiri untuk meletakkan anak selain dikatakan mengitar semula lampin pakai buang yang digunakan Musa menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) sejak tiga hari lalu.

Bagaimanap­un, Abdul Rahman menyangkal

mengenai dia menggunaka­n semula lampin dipakai anaknya.

“Dakwaan saya gunakan semula lampin itu tidak benar. Saya tahu ia kotor dan tidak boleh digunakan semula selain risau Musa dijangkiti kuman.

“Saya sidai lampin itu supaya ia kering dan mudah dibakar untuk proses pelupusan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n bantuan boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Bank Simpanan Nasional Abdul Rahman Jusoh 06400-29-00033065-4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia