Harian Metro

Tersedak 2 kali terus senyap

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

 Pelajar Kolej Vokasional maut dirempuh MPV

“Saya hanya sempat mendengar arwah tersedak dua kali sebelum senyap manakala rakannya tidak sedarkan diri,” kata Muhammad Nabil Mazlan, 30, ketika menceritak­an kemalangan membabitka­n sebuah motosikal di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kelmarin.

Muhammad Nabil, individu pertama tiba di lokasi kemalangan jalan raya yang mengorbank­an penunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja RR, Muhammad Irfan Ramadan Saadon, 19, manakala rakannya yang juga pembonceng, Aiman Faris Zulkafli, 19, kritikal dan kini ditempatka­n di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Menceritak­an kejadian itu, Muhammad Nabil berkata, ketika itu mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah.

“Sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 9 malam, saya ternampak dua remaja terbaring atas jalan raya menghala ke Kuala Pilah.

“Saya berhentika­n kenderaan untuk membantu mereka. Ketika itu arwah dalam keadaan mengiring dan sedarkan diri. Arwah tersedak dua kali dan memuntahka­n darah daripada mulut, selain darah keluar daripada hidung.

“Rakannya pula dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kakak saya menghubung­i ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Ketika kejadian itu, kata Muhammad Nabil, hanya terdapat sebuah motosikal dan Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 34 tahun.

“Menurut saksi yang juga pemandu lori, motosikal dinaiki dua remaja itu terbabas dan mereka tercampak ke seberang jalan. Kedua-duanya terbaring di atas jalan raya dan sebuah Perodua Alza dari Seremban tidak sempat mengelak lalu merempuh mereka,” katanya.

Sementara itu, suasana sedih menyelubun­gi pekarangan rumah arwah dan kedua-dua ibu bapanya, Jamzuriani Mustafa dan bapanya, Saadon Othman berusia 50-an, tidak dapat menahan rasa sebak.

Difahamkan, Allahyarha­m anak lelaki bongsu tunggal daripada empat beradik yang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional dalam jurusan seni bina.

Difahamkan pada November ini, Allahyarha­m bakal menamatkan pengajiann­ya, begitu juga dengan rakannya, Aiman Faris.

Dalam pada itu, jenazah Irfan Ramadan disolatkan di Masjid Kariah Pelangai sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Pelangai selepas solat Zuhur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bersama rakannya itu terbabas sebelum memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza.

Menurutnya, kejadian itu mengakibat­kan penunggang motosikal maut manakala pembonceng parah.

 ??  ??
 ??  ?? KEDUA-DUA mangsa dibawa ke hospital.
JAMZURIANI (kanan) ibu Muhammad Irfan Ramadan ditenangka­n jiran.
KEDUA-DUA mangsa dibawa ke hospital. JAMZURIANI (kanan) ibu Muhammad Irfan Ramadan ditenangka­n jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia