Harian Metro

Duka tanah ‘ghaib’

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Warga emas ditipu Datuk labur RM72,000 beli lot tanah

“Sudahlah tanah yang dijanjikan tidak dapat, duit RM72,000 yang disimpan selama lebih 30 tahun pula lesap sekelip mata,” kata warga emas Sabri Othman, 72.

Bekas pekerja bank itu antara 150 mangsa penipuan dua individu bergelar Datuk yang didakwa menjadi dalang penipuan jualan lot tanah secara besar-besaran membabitka­n kerugian keseluruha­n kira-kira RM9 juta sejak enam tahun lalu.

Menurut Sabri, episod hitam hidupnya bermula pada 2012 apabila terlihat iklan lot tanah untuk dijual di daerah Hulu Langat pada harga jauh lebih murah daripada nilai pasaran membuatkan­nya tertarik untuk memiliki dua lot tanah pada harga RM72,000.

“Setiap satu lot tanah berkeluasa­n 50x60 dijual pada harga RM36,000 dan saya bersetuju membeli dua lot untuk diberikan kepada dua anak selepas yakin apabila Datuk berkenaan menunjukka­n peta lot tanah.

“Malah, dia juga membawa saya ke beberapa lagi lokasi melihat lot tanah yang sudah ditarah untuk dijual kepada pembeli membuatkan saya yakin walaupun tidak ditunjukka­n geran,” katanya selepas membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Menurut Sabri, kerana terlalu terdesak untuk mendapatka­n tanah ditambah dengan keyakinan melihat pejabat Datuk berkenaan yang besar dan mewah, dia membuat bayaran pendahulua­n sebanyak RM7,200 menggunaka­n wang simpanan.

“Dalam tempoh setahun, saya sudah melangsaik­an semua RM72,000 termasuk menggunaka­n wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana tidak sabar mahu memilik tanah yang dijanjikan.

“Bagaimanap­un, beberapa bulan selepas itu, saya langsung tidak mendengar khabar atau menerima apa-apa surat daripada pejabat Datuk berkenaan sehingga menyedari ditipu pada 2014 apabila mendapat tahu pejabatnya ditutup dan berpindah ke tempat lain,” tambahnya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan modus operandi digunakan sindiket didalangi dua individu bergelar Datuk terbabit ialah menjual tanah milik orang lain di sekitar Gombak dan Hulu Langat yang belum bertukar hak milik dengan tawaran harga rendah daripada nilai pasaran.

Laporan menyebut, semua mangsa kerugian antara RM80,000 hingga RM160,000 wang simpanan, malah ada yang mengeluark­an caruman KWSP dan membuat pinjaman persendiri­an kerana berminat dengan tawaran itu.

 ??  ?? PENGARAH Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi (dua dari kanan)
bersama pembeli tanah yang ditipu.
PENGARAH Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi (dua dari kanan) bersama pembeli tanah yang ditipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia