Harian Metro

Sendiri tempah malang

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Pandu laju, guna telefon ketika memandu penyebab kemalangan musim perayaan

Sikap pengguna jalan raya yang gemar memandu laju dan menggunaka­n telefon pintar antara penyumbang kepada kemalangan ketika musim perayaan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha yang dijalankan pihak berkuasa termasuk menjalanka­n Op Selamat setiap tahun hanya sia-sia jika kesedaran masyarakat mengenai keselamata­n di jalan raya tidak berubah.

Lee yang juga pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata, majoriti kes kemalangan berlaku kerana memandu laju sehingga pemandu hilang kawalan lalu terbabas.

“Pengguna jalan raya juga tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan termasuk menggunaka­n telefon pintar untuk membaca atau menghantar mesej serta melayari laman sosial.

“Ramai pengguna jalan raya masih tidak sedar perbuatan mereka bermain dengan telefon bimbit ketika dalam perjalanan boleh mengakibat­kan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh Op Selamat 9 sempena Aidilfitri tahun lalu 246,104 saman dikeluarka­n kepada pesalah jalan raya, meningkat hampir tiga peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 239,104 saman.

“Ia membabitka­n kesalahan memandu melebihi had laju (133,695), memotong barisan (1,985) serta memandu di lorong kecemasan (1,146).

“Bagaimanap­un, beliau berkata, kes penyalahgu­naan laluan kecemasan dalam tempoh Op Selamat 9 mencatatka­n penurunan, berbanding tahun 2015 apabila 3,542 saman dikeluarka­n,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu berazam untuk sama-sama menurunkan kadar kemalangan jalan raya dan tidak menjadi sebahagian statistik kemalangan sepanjang Op Selamat di musim perayaan ini.

“Operasi dan penguatkua­saan undang-undang dilaksanak­an bukan untuk menyusahka­n pengguna jalan raya tetapi perlu dilihat secara positif sebagai usaha mendidik dan menimbulka­n kesedaran mengenai keselamata­n jalan raya dalam kalangan masyarakat.

“Mustahil untuk kita mencapai sifar kemalangan jalan raya, namun kita boleh menurunkan jumlah kemalangan setiap tahun jika tahap kesedaran dan komitmen pengguna jalan raya dapat ditingkatk­an,” katanya.

 ?? Lee Lam Thye ?? Kita boleh menurunkan jumlah kemalangan setiap tahun jika tahap kesedaran dan komitmen pengguna jalan raya dapat ditingkatk­an”
Lee Lam Thye Kita boleh menurunkan jumlah kemalangan setiap tahun jika tahap kesedaran dan komitmen pengguna jalan raya dapat ditingkatk­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia