Harian Metro

EJEN ALI HEBAT

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Animasi terbitan MPB dieksport dengan nilai cecah RM10 juta

Kerajaan akan memberi perhatian kepada sektor perkhidmat­an dan industri seni kreatif untuk mempelbaga­ikan pasaran bagi perdaganga­n dan pelaburan supaya tidak tertumpu kepada segmen elektrik dan elektronik (E&E) semata-mata.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun sektor E&E menyaksika­n pertumbuha­n dagangan dan pelaburan memberangs­angkan kepada negara, sektor lain perlu diberikan tumpuan.

Beliau berkata, sektor perkhidmat­an dan industri seni kreatif mempunyai potensi untuk dikembangk­an kerana Malaysia mempunyai bakat serta tokoh dalam bidang berkenaan yang perlu diketengah­kan.

“Jika kita mengambil contoh siri animasi Ejen Ali daripada Media Prima Berhad (MPB) yang berjaya dieksport tahun lalu dengan nilai RM10 juta, ia usaha yang bagus walaupun jumlahnya masih kecil.

“Malah, dari segi perkhidmat­an, kita boleh terus perkasakan perkhidmat­an perundanga­n di mana selama ini kita banyak mengimport servis perundanga­n dari luar sedangkan kita mempunyai bakat yang hebat dalam segmen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Laporan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) 2016 di Menara MITI, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri MITI Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, Timbalan Menteri MITI (Perdaganga­n Antarabang­sa) Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri MITI (Industri) Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha MITI Datuk Seri J Jayasiri dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar.

Laporan MITI 2016 yang dilancarka­n pada tahun ini dianggap begitu istimewa kerana ia edisi ke-25 sejak penerbitan pertamanya pada 1993 dan gimik perasmiann­ya disempurna­kan oleh maskot Ejen Ali, siri animasi popular oleh Kumpulan MPB.

Mustapa berkata, Malaysia mengekalka­n jumlah nilai dagangan yang tinggi iaitu RM1.485 trilion pada 2016 di mana eksport meningkat 1.1 peratus dan import 1.9 peratus memberikan lebihan dagangan RM87.27 bilion.

 ??  ?? MUSTAPA men u n ju kkan Laporan Tahunan
MITI 2016 yang diterima daripada
Ejen Ali.
MUSTAPA men u n ju kkan Laporan Tahunan MITI 2016 yang diterima daripada Ejen Ali.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia