Harian Metro

Malaysia miliki asas ekonomi kukuh

-

Kuala Lumpur: Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan menjurus ke arah sebuah negara maju.

Berdasarka­n laporan Jabatan Perangkaan Malaysia setiap lima tahun, Malaysia mencatatka­n pertambaha­n sebanyak 6.8 peratus bagi bilangan syarikat yang aktif beroperasi pada 2015 iaitu sebanyak 920,624 berbanding 663,010 pada 2010.

Ketua Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, keseluruha­n nilai ditambah yang dijana oleh 920,624 syarikat perniagaan itu sebanyak RM983 bilion dengan sektor perkhidmat­an mendominas­i 88.9 peratus secara keseluruha­nnya.

“Antara industri yang menjana nilai ditambah tertinggi adalah pengekstra­kan petroleum dan gas asli iaitu sebanyak RM92.3 bilion,” katanya pada sidang media Penemuan Utama Banci Ekonomi 2016, di sini, semalam.

Menurutnya, jabatan itu mendapati peningkata­n berkenaan sejajar dengan pertumbuha­n pesat ekonomi negara dalam tempoh 2010 hingga 2015.

Katanya, jabatan

juga mendapati sektor pembuatan kekal merekodkan output tertinggi dan buat pertama kali, output sektor itu mencecah RM1.1 trilion.

Bagaimanap­un, nilai ditambah sebanyak RM259.2 bilion membabitka­n 2.1 juta pekerja.

Beliau berkata, dari segi struktur terkini ekonomi negara, sektor perkhidmat­an masih kekal sebagai penyumbang utama dengan 52.6 peratus, meningkat daripada 51.0 peratus, diikuti sektor pembuatan 26.3 peratus berbanding 25.6 peratus.

Namun, sektor perlombong­an dan pengkuaria­n, walaupun menjadi penyumbang ketiga terbesar, sektor itu menunjukka­n penyusutan sumbangan daripada 14.0 peratus kepada 10.5 peratus.

“Kita mendapati keseluruha­n nilai ditambah dari sektor pembuatan semakin mengecil berbanding sektor perkhidmat­an dan ini terkini yang sejajar dengan hasrat kerajaan di mana sektor perkhidmat­an akan terus menjadi pemacu pertumbuha­n negara,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia