Harian Metro

Sasar RM3 bilion

Bank Muamalat mahu salur 60 peratus pinjaman kepada segmen pengguna, bakinya korporat

-

Bank Muamalat Malaysia Berhad menyasarka­n untuk mengagihka­n bantuan kewangan RM3 bilion menjelang akhir tahun ini berbanding RM2 bilion yang dikeluarka­n tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, 60 peratus daripada jumlah berkenaan diperuntuk­kan untuk segmen pengguna manakala bakinya korporat.

“Setakat 31 Mei 2017, bank mengagihka­n pinjaman lebih RM400 juta.

“Kami menyasarka­n untuk mencatat pertumbuha­n antara lapan hingga 10 peratus dalam keseluruha­n prestasi kewangan tahun ini berbanding lima peratus tahun lalu,” katanya pada program tanggungja­wab sosial korporat ‘Break Fast &

Furious 4’, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran berkenaan berikutan rancangan untuk melaksanak­an strategi pemasaran yang agresif termasuk mendekati bakal pelanggan berbanding hanya menunggu mereka di bank.

Mengenai Platform Akaun Pelaburan (IAP), Mohd Redza Shah berkata, Bank Muamalat menjangka meraih RM60 juta melalui platform pendanaan awam berasaskan Internet untuk membiayai perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

IAP yang dilancarka­n Februari tahun lalu adalah produk perbankan yang ditawarkan institusi perbankan Islam yang menyediaka­n peluang melabur kepada pelanggan dan berkongsi keuntungan daripada aktiviti pelaburan patuh syariah.

Menurutnya, bank itu berjaya meraih RM10 juta ketika tahun pertama IAP beroperasi.

“Pelabur terdiri daripada pelanggan sedia ada kerana mereka lebih memahami produk yang ditawarkan dengan lebih baik,” katanya.

Mengenai prestasi tahun pertama IAP, beliau berkata, ia agak perlahan disebabkan kurangnya pemahaman mengenai pelbagai pelaburan yang ditawarkan.

“Walaupun perlahan, ia bergerak. Ia dalam jumlah besar dalam dua tahun.

“Kita perlu memastikan IAP membuat pelaburan kukuh untuk mendapat keyakinan ramai dan memberikan pulangan baik,” katanya.

IAP dimajukan konsortium terdiri daripada enam institusi perbankan Islam tempatan, Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat, Maybank Islamic Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional.

Melalui IAP, institusi perbankan Islam akan memudahkan padanan pelaburan dengan usaha teroka yang dikenal pasti atau projek yang memerlukan pendanaan melalui platform berkenaan. - BERNAMA

 ??  ?? MOHD Redza
MOHD Redza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia