Harian Metro

Bekalan minyak percuma setahun

-

Kuala Lumpur: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menawarkan hadiah menarik sepanjang kempen ‘Fuel Frenzy’ bermula 9 Jun hingga 31 Julai di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, kempen itu menawarkan satu hadiah utama dan 40 pemenang hadiah sagu hati setiap hari.

Beliau berkata, setiap pemenang hadiah utama akan menerima bekalan minyak percuma setahun manakala pemenang hadiah sagu hati menerima baucar minyak RM100.

“Secara keseluruha­n, sepanjang 53 hari kempen ia menawarkan 2,000 hadiah untuk dimenangi dan setakat ini, 11 pemenang hadiah utama dan 440 pemenang hadiah sagu hati diumumkan.

“Kempen ini ganjaran terbesar kami tahun ini sebagai menghargai pelanggan setia dan memenuhi keperluan mereka,” katanya selepas majlis berbuka puasa PDB di sini, baru-baru ini.

Sempena kempen berkenaan, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 bagi pembelian minyak dan menghantar butiran pembelian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Selain itu, PDB meneruskan kempen Coffee Break sepanjang musim perayaan ini mulai 22 hingga 23 Jun dan 1 hingga 2 Julai membabitka­n 136 stesen PETRONAS di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa sama, stesen PETRONAS terpilih akan menyediaka­n pemeriksaa­n kesihatan secara percuma oleh St John Ambulance Malaysia.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kanan) ketika pelancaran kempen Coffee Break di Kuala Lumpur.
MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kanan) ketika pelancaran kempen Coffee Break di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia