Harian Metro

‘Kita mahu mencatat kemampanan’ Pergiat ke arah ekonomi digital

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Prospek sektor perbankan kekal cerah berikutan mencatat kemajuan pada suku yang lalu, kata Pengerusi AMMB Holdings Berhad (AmBank Group), bank keenam terbesar Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

Beliau berkata, sektor itu turut mahu mencapai kemampanan.

“Kita mahu mencatat kemampanan dan berharap ia lebih baik daripada tahun lalu,” katanya selepas penyampaia­n biasiswa kepada 10 pelajar ijazah pertama dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Pada 1 Jun lalu, AmBank Group dan bank keempat terbesar Malaysia, RHB Bank mengumumka­n mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan perbincang­an bagi penggabung­an. - BERNAMA

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) terus mempergiat­kan operasinya ke arah ekonomi digital dengan memperuntu­kkan pelaburan bagi membeli 500 telefon pintar, Samsung XCover4 untuk digunakan oleh penyelaras pekerja pengurusan sisa pepejal syarikat itu.

Telefon pintar itu bagi menyokong aplikasi perisian sistem bersepadu pemantauan operasi Alam Flora, MResponz yang diperkenal­kan syarikat itu sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Zain Hassan berkata, pemilihan Samsung XCover4 berikutan cirinya yang tahan lasak, sesuai dengan persekitar­an pekerja Alam Flora yang mengendali­kan bahan pelupusan pengguna.

Beliau berkata, tambahan penggunaan model telefon pintar itu juga dapat menyokong versi terbaru MResponz yang mahu ditingkatk­an kepada 3.0 berbanding 2.6 ketika ini.

“Aktiviti digital memainkan peranan penting kepada kami bagi memastikan segala pergerakan operasi dapat dipantau dan digerakkan

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalinka­n kerjasama strategik dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) bagi melaksanak­an program pembanguna­n usahawan dan kerjaya serta kajian dan pembanguna­n membabitka­n pelajarnya.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerjasama itu dijangka mampu membangunk­an potensi graduan supaya kompetitif dalam pasaran kerja tempatan dan global pada masa akan datang.

“Saya yakin kolaborasi bersama pihak berkepenti­ngan seperti Celcom Axiata mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada universiti dan masyarakat,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara kedua-dua pihak.

Hadir sama Ketua Pegawai Sumber Manusia Celcom Axiata Azmi Ujang dan Pengarah Pusat Pembanguna­n UKM-KARIER, Prof Dr Ishak Yussof.

Beliau berkata,

objektif dengan lebih cekap serta pantas.

“Tambahan, ciri bateri yang tahan lama ditawarkan Samsung XCover4 membantu menjimatka­n masa menguruska­n pelbagai aktiviti operasi terutama membabitka­n aduan pelanggan yang perlu diselesaik­an dengan cepat,” katanya pada majlis kerjasama pintar antara Alam Flora dan Samsung, semalam.

Pada majlis itu, Alam Flora menjadi syarikat pengurusan sisa buangan pertama menggunaka­n telefon pintar berkenaan untuk operasi dalam kalangan pekerjanya dan ia juga satu daripada agenda

 Alam Flora beli 500 telefon pintar digunakan penyelaras pekerja pengurusan sisa pepejal

syarikat dalam Kumpulan DRB-HICOM Berhad untuk menyokong pembanguna­n ekonomi digital di Malaysia.

Mohd Zain berkata, aktiviti ekonomi digital bukan saja diterapkan dalam operasi dalaman, malah ia juga akan diperluask­an kepada orang ramai dengan pengenalan aplikasi pengurusan sampah Alam Flora, Alam Flora 4U.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan membantu pihaknya menerima maklum balas daripada orang ramai mengenai isu kutipan sampah, pembersiha­n dan penjagaan flora yang dihantar terus kepada pusat khidmat pelanggan syarikat.

 ??  ?? MOHD Zain (kanan) menunjukka­n telefon pintar Samsung XCover4 pada majlis kerjasama pintar antara Alam Flora dan Samsung, semalam.
MOHD Zain (kanan) menunjukka­n telefon pintar Samsung XCover4 pada majlis kerjasama pintar antara Alam Flora dan Samsung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia