Harian Metro

PAK CIK KEJAM!

- Agensi

Budak lapan tahun dipaku di kepala selepas dituduh mencuri RM7

Seorang lelaki ditahan polis apabila dia memaku kepala anak saudaranya yang berusia lapan tahun, selepas mendakwa kanak-kanak itu mencuri wangnya.

Media tempatan melaporkan, mangsa yang juga anak yatim piatu tinggal bersama bapa saudaranya yang dikenali sebagai Paul di sebuah rumah di Odogunyan,

Ikorodu.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Friday tinggal bersama bapa saudaranya selepas ibu bapanya meninggal dunia, dua tahun lalu.

Baru-baru ini, Paul berang selepas mendapati wangnya yang berjumlah N500 (RM7) hilang dan menuduh Friday mencurinya.

Friday menafikan dia mencuri wang berkenaan menyebabka­n Paul bertindak mendera dan memukul kanak-kanak itu bagi memaksa mangsa mengaku.

Kerana terlalu marah, Paul mengambil sebatang paku sepanjang hampir lapan sentimeter dan terus diketuk di kepala Friday.

Jiran yang mendengar jeritan Friday segera bergegas masuk ke dalam rumah itu dan terkejut melihat kepala kanak-kanak itu berdarah.

Paul cuba melarikan diri tetapi dia ditangkap serta dipukul beramai-ramai oleh jirannya sebelum dia diselamatk­an oleh polis yang tiba dan terus menahannya.

Seorang jiran mangsa, Edwin Abah berkata, Friday sebelum ini sering menjadi mangsa dera Paul tetapi penduduk masih bersabar.

Katanya, Friday dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Paku di kepala Friday berjaya dikeluarka­n tetapi dia memerlukan satu lagi pembedahan bagi membaiki otaknya yang cedera terkena objek tajam berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FRIDAY menerima rawatan di hospital selepas cedera di kepala akibat dipaku bapa saudaranya. - Agensi
FRIDAY menerima rawatan di hospital selepas cedera di kepala akibat dipaku bapa saudaranya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia