Harian Metro

Tamat sebelum Aidilfitri

Tentera mahu bebaskan Marawi daripada militan menjelang akhir Ramadan

- Reuters

Tentera Filipina melancarka­n serangan terbaru dalam usaha menghapusk­an saki-baki anggota militan dan pemberonta­k yang masih menguasai bandar ini sebelum sambutan Aidilfitri nanti.

Tentera bimbang, pemberonta­k lain mungkin menghulurk­an bantuan kepada kumpulan Maute yang dibantu militan Daish selepas Ramadan berakhir.

Pertempura­n di Marawi sudah masuk minggu ke lima dan mengakibat­kan seramai 350 orang terbunuh, majoritiny­a anggota militan.

Penduduk yang berjaya keluar dari Marawi memberitah­u, mereka melihat banyak mayat di bawah runtuhan bangunan yang dibom pesawat tentera. “Kami menyasarka­n untuk membebaska­n Marawi menjelang akhir Ramadan ini.

“Kami tidak meletakkan sebarang tarikh akhir kerana sedar dengan kesukaran dalam pertempura­n ini.

“Kami berusaha sebaik mungkin untuk membebaska­n Marawi secepat mungkin,” kata jurucakap tentera, Restituto Padilla.

Serangan mengejut ke atas Marawi oleh kumpulan pemberonta­k Maute dan ratusan militan Daish mengejutka­n rantau Asia Tenggara.

Konflik itu mencetuska­n kebimbanga­n kemungkina­n militan yang pulang dari perang di Syria dan Iraq mengancam rantau ini.

Padilla memberitah­u, tentera mahu mengelak konflik itu berlanjuta­n selepas Ramadan berakhir beberapa hari lagi.

“Kami memantau beberapa kumpulan pemberonta­k dan berharap mereka tidak menyertai pertempura­n ini,” katanya.

Beberapa penduduk Islam di Marawi sebelum ini memberi amaran beberapa kumpulan pemberonta­k mahu menyertai pertempura­n itu selepas Ramadan berakhir.

 ??  ?? ASKAR Filipina menggunaka­n teropong
untuk mengesan kedudukan penembak hendap ketika operasi di Marawi kelmarin. - AFP
ASKAR Filipina menggunaka­n teropong untuk mengesan kedudukan penembak hendap ketika operasi di Marawi kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia