Harian Metro

Tali gantung untuk dukun

- Daily Mail

Seorang dukun dihukum mati semalam kerana membunuh tiga kanak-kanak kononnya dalam upacara menghalau hantu yang merasuk mereka.

Tun Naing yang terkenal mengamalka­n ilmu hitam didapati bersalah membelasah mati dua budak berusia dua tahun dan seorang bayi berusia lapan bulan lewat tahun lalu di perkampung­an kecil berhampira­n Yangon.

Menurut saksi, dia memberitah­u penduduk kampung kononnya kanak-kanak terbabit dirasuk roh jahat sebelum menyerang mereka manakala keluarga mangsa yang tergamam hanya mampu memandang.

Pegawai mahkamah Myat Soe berkata, Tun Naing dihukum mati kerana membunuh tiga budak itu selain dipenjara tujuh tahun kerana mencederak­an seorang lagi kanak-kanak dalam ritual berkenaan.

Myanmar masih mengamalka­n hukuman mati tetapi tidak melaksanak­annya sejak beberapa dekad lalu, bererti kemungkina­n besar hukuman itu akan diringanka­n kepada penjara selama 20 tahun.

Kematian tiga kanak-kanak itu pada Oktober lalu menggempar­kan Myanmar yang masih mengamalka­n kepercayaa­n sihir dan ilmu hitam dalam kehidupan seharian.

Pekerja hospital menghubung­i pihak berkuasa selepas seorang bapa membawa anak perempuann­ya untuk rawatan dengan badan mangsa dipenuhi kesan lebam.

Menurut saksi, penduduk kampung termasuk keluarga mangsa seolah-olah menjadi bodoh selepas dijampi dukun berkenaan.

Bomoh dihukum mati bunuh tiga budak konon untuk halau hantu rasuk mereka

 ??  ?? TUN Naing dihukum mati. Daily Mail
TUN Naing dihukum mati. Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia