Harian Metro

Ajal selepas pulang koma dari Korea Utara

-

Chicago (Amerika Syarikat): Seorang pelajar Amerika Syarikat (AS) yang dibebaskan dari tahanan 18 bulan di Korea Utara dalam keadaan koma, minggu lalu, meninggal dunia hanya beberapa hari selepas pulang ke negara asalnya.

Susulan kematian Otto Warmbier, 22, itu Presiden Donald Trump menyelar ‘rejim kejam’ di Pyongyang.

Warmbier dipindahka­n ke AS Selasa minggu lalu kerana mengalami kegagalan otak teruk sebelum meninggal dunia di rumah keluargany­a di Cincinnati, Ohio.

Dalam satu kenyataan keluargany­a berkata: “Anak kami diseksa teruk di Korea Utara. Memang tiada kemungkina­n dia dapat diselamatk­an.”

Warmbier menyertai kumpulan pelancong ketika ditangkap dan dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat pada Mac tahun lalu kerana mencuri poster politik dari sebuah hotel di Korea Utara.

Sementara itu, Trump berkata: “Nasib yang menimpa Warmbier mengukuhka­n azam pentadbira­n saya untuk menghalang tragedi seperti itu terjadi lagi terhadap orang awam yang tidak berdosa akibat rejim yang tidak menghormat­i kedaulatan undang-undang atau kemanusiaa­n.

“AS mengutuk kekejaman rejim Korea Utara.”

Doktor minggu lalu mendedahka­n Warmbier mengalami kecederaan saraf teruk dan tidak mampu bertindak balas walaupun mampu membuka dan mengerdipk­an matanya.

Pihak berkuasa Korea Utara mendakwa Warmbier koma tidak lama selepas dihukum tahun lalu kerana botulisme atau keracunan makanan teruk dan diberikan ubat tidur.

Bagaimanap­un, ujian perubatan dijalankan di AS minggu lalu tidak mendedahka­n punca kecederaan­nya, selain tidak menunjukka­n bukti botulisme. - AFP

Beijing: Sebuah restoran di wilayah berautonom­i Guangxi Zhuang, selatan China, diarah ditutup selepas pelanggann­ya menemui ular di dalam mi goreng yang dibeli untuk dibawa pulang ke rumah, lapor media semalam.

Wanita itu yang juga pelajar Universiti Guangxi, dikenali sebagai Wang berkata, dia membeli satu hidangan mi goreng siput untuk makan tengah hari di bilik asramanya pada Jumaat lalu, lapor News.qq.com.

Bagaimanap­un, selepas beberapa suap dia ternampak seekor ular kecil melingkar di atas sayur-sayuran di dalam mangkuknya.

“Saya terus hilang selera. Selepas mengambil beberapa

 ??  ?? WARMBIER
WARMBIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia