Harian Metro

Russia sasar semua pesawat pakatan AS

- AFP

Beirut: Russia semalam memberi amaran ia akan menganggap pesawat pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) di Syria sebagai ‘sasaran potensi’ dan menamatkan talian ‘hotline’ dengan Washington selepas askar negara itu menembak jatuh kapal terbang pejuang Syria, kelmarin.

“Apa saja yang berterbang­an termasuk pesawat dan dron daripada pakatan tentera antarabang­sa di barat Sungai Furat akan dianggap sasaran udara oleh kami,” kata kementeria­n pertahanan Russia.

Menurutnya, Washington gagal menggunaka­n talian ‘nyahkonfli­k’ antara pihak terbabit - alat penting untuk mengelak tragedi seumpama itu - sebelum menembak jatuh pesawat berkenaan berhampira­n Raqa.

AS segera bertindak meredakan keadaan dengan Pengerusi Ketua-ketua Turus Tentera Jeneral Joe Dunford berkata, ia akan berusaha melancarka­n semula ‘talian nyahkonfli­k’ itu yang diwujudkan pada 2015.

Jurucakap Pentagon Major Adrian Rankine Galloway berkata, AS mengambil langkah sewajarnya untuk mengubah lokasi pesawatnya di ruang udara Syria bagi memastikan keselamata­n juruterban­gnya.

Penembakan pesawat Syria dan tindak balas Russia berlaku dalam pada pakatan tentera diketuai AS dan pejuang yang bersekutu dengannya berjuang mengusir kumpulan militan Daish dari kubunya di Raqa, Syria.

Kapal terbang itu ditembak pada petang Ahad (waktu tempatan) selepas tentera rejim menyasarka­n Pasukan Demokratik Syria (SDF) iaitu gabungan pejuang Arab serta Kurdis memerangi Daish.

Menurut kementeria­n Russia itu, juruterban­g terbabit melentingk­an diri di kawasan dikawal Daish dan nasibnya tidak diketahui. - AFP

Seorang remaja perempuan muslim berusia 17 tahun mati dibelasah sebelum mayatnya dicampak ke dalam kolam selepas pulang dari solat Tarawih di sebuah masjid berhampira­n rumahnya dalam kejadian dipercayai perbuatan samseng jalan.

Polis daerah Fairfax, Virginia, mendakwa lelaki tempatan, Darwin Martinez Torres, 22, atas pembunuhan itu tetapi menegaskan ia bukan jenayah kebencian.

Kes itu mencetuska­n kemarahan pengguna media sosial yang berang dengan jenayah terbaru terhadap golongan Muslim di Amerika Syarikat.

Polis belum menamakan mangsa secara rasmi, tetapi penduduk tempatan memberikan namanya sebagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia