Harian Metro

Maut lepas Tarawih

-

Gadis dibelasah, dicampak dalam kolam oleh ‘samseng jalan raya’

Nabra Hassanen.

Kejadian berlaku jam 4 pagi Ahad (waktu tempatan) ketika mangsa dan rakan-rakannya berjalan pulang selepas makan susulan solat Tarawih di masjid berhampira­n.

Rakannya Tasneem Khan berkata di media sosial: “Seorang lelaki yang nampak mabuk keluar membawa kayu besbol dan kami semua melarikan diri semula ke dalam masjid.”

Mayat mangsa ditemui di kolam berhampira­n pada jam 3 petang sama.

Jabatan polis berkata: “Kes tragik ini akibat samseng jalan raya. Suspek pemandu kereta itu dan kini didakwa atas tuduhan bunuh selepas tindakanny­a menyerang sekumpulan remaja yang berjalan dan mengayuh basikal mengakibat­kan seorang gadis terbunuh.”

Polis turut meminta orang ramai bersabar sementara siasatan dijalankan sepenuhnya.

Jurucakap polis Fairfax, Don Gotthardt berkata, kejadian itu tidak dianggap jenayah kebencian kerana tiada bukti mengaitkan perbuatan suspek dicetuskan kepercayaa­n mangsa, atau agama Islam secara am.

Bagaimanap­un, pengguna Twitter menyuaraka­n kemarahan dengan arah siasatan itu.

Bulan lalu, dua lelaki mati ditikam di Portland, Oregon selepas cuba menghalang seorang lelaki menyerang dua remaja termasuk seorang yang bertudung. Suspek kes itu memaki hamun Islam ketika kejadian yang turut mengakibat­kan seorang lagi lelaki cedera.

Januari lalu pula, di Quebec, Kanada, enam orang mati ditembak dalam serangan di sebuah masjid.

 ??  ?? TORRES
TORRES
 ??  ?? NABRA
NABRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia