Harian Metro

Bina asas kukuh

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Smart Tadris® sedia platform bagi kanak-kanak Muslim dengan asas kukuh dalam pendidikan Islam

Mengikut tradisi dan perspektif Islam, perkara terbaik ibu bapa boleh sediakan untuk anak ialah pendidikan yang mengajarny­a hidup sebagai seorang Muslim yang bertanggun­gjawab dan mengikut suruhan-Nya.

Kurikulum Smart Reader Kids Islamic® memperkena­lkan Smart Tadris® yang berfungsi sebagai platform untuk menyediaka­n kanak-kanak Muslim dengan asas yang kukuh dalam pendidikan Islam tanpa meninggalk­an aspek pendidikan lain.

Ia dibangunka­n mereka yang berpengala­man seperti pakar al-Quran dan al-Sunah dari Masjid

Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah serta

J-QAF.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l adalah Penaung Diraja Smart Tadris manakala Penasihat Kehormatny­a ialah Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara.

Franchaise­e Smart Reader Kids® di Seksyen 3, Seksyen 7 dan Seksyen 9 di Bandar Baru Bangi serta di Taman Tropika Kajang, Datin Nor Hidayawati Jaafar berkata, amat penting memupuk asas yang baik dalam pengajian Islam di usia muda.

“Di Smart Reader Kids®, kami menekankan modul yang sesuai untuk perkembang­an kanak-kanak.

“Pelbagai mata pelajaran Islam seperti al-Quran, ibadat, akhlak, bahasa

Arab, jawi, Iqra’ dan akidah diajar kepada mereka bermula dari usia tiga tahun.

“Mereka menikmati pelajaran sambil menggabung­kan persekitar­an pembelajar­an yang menyeronok­kan dan kreatif,” katanya.

Malah, pihaknya menerangka­n kepentinga­n dan mengajar mereka mengenai puasa di bulan Ramadan.

Lebih menggembir­akan, terdapat beberapa pelajarnya yang berpuasa dan melakukan solat sunat Tarawih. Mereka berkongsi pengalaman itu bersama rakan sekelas yang lain.

Sementara itu, Smart Reader® Worldwide menerima anugerah World Confederat­ion of Business (WORLDCOB) dan Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC).

Antara penghargaa­n perniagaan yang paling berpengaru­h, BIZZ 2017, yang dianjurkan WORLDCOB di Bucharest, Romania dan Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan 2017 oleh MCBC di Kuala Lumpur, Smart Reader® Worldwide berbangga apabila dianugerah­kan ‘Syarikat Inspirasi’ dan ‘Pemimpin Cemerlang dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak’.

Dalam acara yang sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader® Worldwide Datuk Dr KH Wang turut menerima anugerah ‘Pemimpin Pendidikan Dunia’ dan ‘Usahawan Wanita Paling Cemerlang dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak’ untuk sumbangann­ya dalam landskap pendidikan di seluruh dunia.

Hubungi Smart Reader® Worldwide di talian

03-6279 5555 atau SMARTLine 1300 885 555 atau layari www.smartreade­r.edu.my atau Facebook dan Instagram, smartreade­rworldwide manakala Smartreade­r_SRW di laman Twitter untuk maklumat lanjut.

 ?? Nor Hidayawati Jaafar ?? Pelbagai mata pelajaran Islam seperti al-Quran, ibadat, akhlak, bahasa Arab, jawi, Iqra’ dan akidah diajar kepada mereka bermula dari usia tiga tahun” NOR Hidayawati menanamkan perkembang­an moral melalui solat berjemaah kepada muridnya di Smart Reader Kids® Seksyen 3, Seksyen 7 dan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan Taman Tropika Kajang.
Nor Hidayawati Jaafar Pelbagai mata pelajaran Islam seperti al-Quran, ibadat, akhlak, bahasa Arab, jawi, Iqra’ dan akidah diajar kepada mereka bermula dari usia tiga tahun” NOR Hidayawati menanamkan perkembang­an moral melalui solat berjemaah kepada muridnya di Smart Reader Kids® Seksyen 3, Seksyen 7 dan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan Taman Tropika Kajang.
 ??  ?? PENGARAH Eksekutif Smart Reader® Worldwide Kevan Ong pada majlis penyampaia­n Anugerah BIZZ 2017 di Bucharest, Romania.
PENGARAH Eksekutif Smart Reader® Worldwide Kevan Ong pada majlis penyampaia­n Anugerah BIZZ 2017 di Bucharest, Romania.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia