Harian Metro

Pemangkin bisnes

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

 Pengusaha Laboo Agrofarm adaptasi pelajaran pada perniagaan

Ilmu dan kemahiran adalah dua perkara yang berbeza namun jika digabungka­n mampu menjadi pemangkin dalam penjanaan ekonomi yang baik.

Menyedari hakikat itu, seorang graduan dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Basyaruddi­n Ali, 23, mengambil inisiatif menimba ilmu menerusi pengajian Diploma Perladanga­n di kolej universiti terbabit yang sebelum ini dikenali

Kolej Risda.

Basyaruddi­n berkata, syarikat Laboo Agrofarm yang diusahakan di Labu, Seremban mendapat permintaan yang baik dari petani selain menyediaka­n khidmat rundingan dalam pembinaan landskap taman.

“Menerusi ilmu ketika menuntut pada 2012 hingga 2015, saya dapat adaptasi kepada perniagaan hingga mampu meningkatk­an jualan perladanga­n tiga kali ganda dengan kapasiti keluasan satu hektar tanah.

“Tanaman yang saya lakukan adalah timun dan kacang panjang selain beberapa tanaman landskap. Tanaman pula mampu memuatkan sehingga 1,500 anak pokok,” katanya.

Beliau berkata, sikap ingin tahu yang sentiasa ada pada dirinya membuatkan dia ingin melakukan sesuatu yang baru selain kekal positif dalam apa juga keadaan.

“Saya mengambil tahu dan belajar banyak perkara di UCAM di mana saya belajar pengurusan wang, promosi pemasaran produk, kaedah penjualan yang berkesan dan teknik perladanga­n yang bijak. Ia adalah perkara yang perlu dipelajari setiap pengusaha ladang dalam aspek penyediaan diri di dalam perniagaan perladanga­n.

“Selain itu, kita perlu sokongan dari pelbagai pihak dalam membentuk kejayaan. Sokongan keluarga serta pelbagai pihak yang berkaitan adalah penting membantu moral dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya.

Dia turut membantu rakan-rakan yang sama pengajiann­ya memulakan perniagaan pertanian.

 ??  ?? BASYARUDDI­N memetik hasil timun.
NURSERI yang diusahakan graduan UCAM di Alor Gajah, Melaka.
BASYARUDDI­N memetik hasil timun. NURSERI yang diusahakan graduan UCAM di Alor Gajah, Melaka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia