Harian Metro

Buka puasa di Madrasah Al-Farabi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Penuntut MSU College Sungai Petani rai anak yatim dan pelajar tahfiz

Sempena Ramadan tahun ini, MSU College Sungai Petani, Kedah, menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) meraikan anak-anak yatim dan tahfiz dengan menganjurk­an majlis iftar di Madrasah Al-Farabi, Sik.

Program itu membabitka­n 30 anak yatim dari rumah berkenaan.

Usaha dilakukan pelajar MSU College Sungai Petani itu turut mendapat perhatian dan sokongan syarikat produk kecantikan, Dermax Superskin Sdn Bhd.

Program berkenaan bertujuan mendidik pelajar agar menjadi insan lebih prihatin, penyayang dan peka terhadap keperluan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan.

Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Nurul Aqilah Hasli berkata, aktiviti seumpama itu amat digalakkan khusus kepada generasi muda agar dapat mengingatk­an mereka sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang dikurniaka­n.

“Peluang dan masa untuk bersama dengan anak-anak yatim ini memberi makna yang cukup besar kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

“Kecekalan mereka memberi inspirasi kepada kami untuk terus membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik di masa akan datang,” katanya. Di akhir program, sumbangan cenderahat­i dan duit raya turut diberikan kepada anak-anak yatim itu bagi menceriaka­n lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia