Harian Metro

GOL RAZIE NYALA HARAPAN NEGARA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Pintu suku akhir kembali terbuka selepas benam Korea Selatan

Semangat tinggi untuk mencatatka­n kemenangan menjadi kunci skuad hoki negara menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 pada aksi ketiga Kumpulan A Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, semalam.

Paling penting kemenangan tipis itu membuka kembali peluang Malaysian Tigers untuk ke suku akhir sekali gus layak ke Piala Dunia 2018 selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, iaitu 2-5 kepada Argentina serta 3-7 di tangan tuan rumah, England.

“Perlawanan ini bukan soal skil tapi siapa lebih mempunyai semangat juang tinggi serta kekuatan mental.

“Saya kerap kali tekankan kepada pemain betapa pentingnya perlawanan ini. Walaupun kami tidak beraksi pada tahap terbaik termasuk menerima banyak kad, semangat juang tinggi menjadi kunci utama kemenangan ini.

“Pujian wajar diberikan kepada setiap pemain kerana mereka nampak begitu ber- sungguh-sungguh un- tuk menang,” kata ke- tua jurulatih skuad negara Stephen Van Huizen.

Gol skuad negara diperoleh menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-35 yang sekali gus menghidupk­an kembali peluang Malaysia untuk layak ke Piala Dunia 2018 Bhubaneswa­r, India.

Korea mencetuska­n resah pada minit-minit akhir perlawanan apabila dihadiahka­n tiga pukulan sudut penalti sekali gus berpeluang menyamakan kedudukan.

Namun aksi cemerlang barisan pertahanan negara terutama sekali penjaga gol S Kumar berjaya menafikan cubaan lawan.

Skuad negara bertemu China awal pagi tadi untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia