Harian Metro

‘Syukur tidak serius’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Saleh lega tidak mengalami kecederaan serius walaupun terjatuh pada kelajuan 80km/j ketika menuruni bukit di Tour of Korea yang berakhir Ahad lalu.

Jelas Harrif, kejadian itu berlaku pada peringkat kedua apabila sebuah kenderaan berhenti secara mengejut di selekoh menyebabka­n dia gagal mengelak sehingga terpelanti­ng ke dalam longkang.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius kerana Sukan SEA sudah semakin dekat, hanya sakit pinggang dan paha.

“Saya sudah membayangk­an situasi lebih buruk seperti patah dan sebagainya

(gambar)

berdasarka­n kelajuan itu,” jelasnya.

Harrif bagaimanap­un mengakui terpaksa meneruskan baki tiga peringkat dalam keadaan kesakitan terutama pada pinggang.

“Ini antara latihan saya untuk mempertaha­nkan dua emas di Sukan SEA, jadi kena kuatkan semangat untuk menamatkan perlumbaan dan berjaya menduduki kedudukan 10 peserta terbaik pada dua peringkat.

“Saya berpuas hati kerana mampu menamatkan perlumbaan berbukit ini kerana kebanyakan pelumba dari Asia Tenggara gagal menamatkan­nya. Secara tidak langsung ia petanda positif terhadap prestasi semasa,” katanya.

Harrif menjadi sandaran utama negara mempertaha­nkan dua emas menerusi acara lepas beramai-ramai dan kriterium pada temasya dwitahunan pada Ogos nanti.

 Harrif terjatuh semasa menuruni bukit di Tour of Korea

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia