Harian Metro

Pemanah yakin kutip empat emas

-

Kuala Lumpur: Keyakinan barisan pemanah negara untuk mencapai sasaran empat emas Sukan SEA Ogos nanti semakin bertambah selepas berpeluang mencuba venue pertanding­an sebenar.

Menerusi kejohanan hujung minggu lalu, mereka berpeluang mengadakan aksi persahabat­an di venue yang terletak di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

“Apa yang boleh saya katakan, keyakinan kini semakin menebal untuk menghadiah­kan pingat buat kontinjen negara selepas berpeluang beraksi di venue pertanding­an sebenar hujung minggu lalu.

“Angin hanya bertiup satu arah dan ia sesuatu yang positif bagi pemanah kerana tidak akan menimbulka­n banyak masalah apabila melakukan panahan.

“Saya berharap situasi sama berlaku ketika Sukan SEA nanti,” jelas pemanah compound negara Zulfadli Ruslan.

Zulfadli antara pemanah yang meraih emas acara berpasukan Sukan SEA Singapura dua tahun lalu selain memenangi perak individu.

Dia mempunyai misi berganda untuk mempertaha­nkan emas acara berpasukan serta berkemungk­inan meng hasilkan emas pertama kontinjen negara Sukan SEA apabila acara individu berlangsun­g pada 16 Ogos.

Dia turut menyambut baik langkah Majlis Sukan Negara (MSN) membenarka­n tempoh latihan dua minggu untuk menggunaka­n venue pertanding­an sebelum temasya Sukan SEA bermula.

“Bagi saya ia sudah mencukupi bagi kami menyesuaik­an diri,” tambahnya.

 ??  ?? PEMANAH negara menguji venue memanah di MSN.
PEMANAH negara menguji venue memanah di MSN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia