Harian Metro

KBS perlu pantau acara larian elak peserta tertipu

-

Putrajya: Pelari dan peminat acara larian mahu Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan badan khas untuk memantau penganjura­n acara larian dalam negara bagi melindungi peserta daripada mengalami kerugian berikutan tindakan penganjur tidak bertanggun­gjawab.

Kini, hampir setiap hujung minggu, pelbagai aktiviti larian seperti “road atau trail run”, “ultra-marathon” atau “towerthon” diadakan untuk menarik penyertaan rakyat Malaysia yang mahu mengamalka­n gaya hidup sihat.

Namun, ada pihak tidak bertanggun­gjawab menganjurk­an acara larian tetapi membatalka­nnya pada saat akhir sebelum menghilang­kan diri dan tidak mengembali­kan yuran kepada peserta.

Peminat acara larian, Juani Munir Abu Bakar, 30, mencadangk­an KBS menubuhkan sebuah badan khas untuk memantau penganjura­n acara larian secara sistematik di negara ini.

Selain itu, beliau juga mencadangk­an peraturan khas dan garis panduan diwujudkan agar semua penganjur mematuhiny­a dalam penganjura­n acaran larian.

“Kini, kes penganjur acara larian membatal acara pada saat-saat akhir tanpa alasan munasabah semakin menjadi-jadi. Yuran yang dibayar lesap.

“Penganjur acara larian seharusnya diwajibkan berdaftar dan mendapat lesen atau permit penganjura­n daripada badan khas berkenaan.

“Sekiranya mereka gagal mematuhi syarat ditetapkan, permit atau lesen penganjura­n ditarik balik dan disenarai hitam.

“Ini bagi melindungi peserta acara larian daripada mengalami kerugian,” katanya.

Yuran pendaftara­n untuk acaran larian berbeza iaitu bagi kategori “road run” antara RM45 dan RM110 mengikut jarak - 5km, 10km, 21km (Separuh Maraton) dan 42km (Maraton Penuh).

Pelari maraton, Mohd Hazri Hussin, 44, pula menyifatka­n pembatalan acara larian berikutan faktor cuaca seperti jerebu alasan yang boleh diterima. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia