Harian Metro

Penalti hantui

- Reuters

 Alonso jangka hadapi detik sukar di Azerbaijan

Fernando Alonso menjangkak­an lebih banyak penalti grid dikenakan terhadapny­a di Azerbaijan hujung minggu ini berikutan masalah unit kuasa yang dihadapi McLaren ketika ini.

“Tiada rahsia kami menjangkak­an hujung minggu yang sukar,” katanya menjelang perlumbaan di Baku, pusingan kelapan dalam kalendar Formula Satu musim ini.

“Selepas mengalami isu unit kuasa sudah tentu kami

(gambar)

perlu berdepan penalti dan disebabkan litar sempit, laluan lurus pantas serta selekoh sempit bermakna memintas secara umumnya sukar,” jelas pemandu Sepanyol itu.

“Namun

ia

bukannya mustahil dan kami akan terus berjuang seperti sebelum ini.”

Alonso, juara dunia dua kali bersama Renault pada 2005 dan 2006, gagal menamatkan perlumbaan di Kanada pada 12 Jun lalu ke- rana kegagalan unit kuasa ketika menghuni tangga ke-10. Dia menyatakan ketika itu “kami mungkin bermula di tangga tercorot di Baku.”

McLaren, 12 kali juara kategori pengeluar dunia dan pasukan kedua paling berjaya dalam Formula Satu dari segi jumlah kemenangan, kini berada di tangga terakhir kejuaraan dan satu-satunya pasukan yang belum meraih sebarang mata.

Mereka beberapa kali dikenakan penalti grid kerana melebihi peruntukan unit kuasa dengan Alonso gagal bermula di Russia selepas kereta rosak ketika pusingan formasi.

Di Bahrain, rakan sepasukann­ya dari Belgium, Stoffel Vandoorne gagal memulakan perlumbaan.

Pasukan itu menyalahka­n pembekal jentera Honda sebelum perlumbaan di Montreal dan membayangk­an mereka akan mencari pilihan lain pada masa depan.

“Di Kanada kami gagal memenuhi sebarang potensi sepanjang hujung minggu dan kami menjangkak­an perkara sama di Baku,” kata pengarah perlumbaan McLaren, Eric Boullier.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia