Harian Metro

LEGA MENANG

- AFP

 Jerman huni tangga kedua Kumpulan B selepas atasi Australia

Sochi, Russia

Pasukan muda Jerman menangani kebangkita­n Australia pada babak kedua bagi membuka kempen Piala Konfederas­i mereka dengan kemenangan 3-2 ke atas Socceroos di Sochi, kelmarin.

Gol sumbangan Lars Stindl dan Leon Goretzka, selain sepakan penalti kapten Julian Draxler, menyaksika­n Jerman menang bagi membolehka­n mereka menghuni tangga kedua Kumpulan B di belakang Chile, yang akan mereka temui di Kazan awal pagi Jumaat ini.

Pemain tengah Celtic, Tommy Rogic menjadikan kedudukan 1-1 pada babak pertama dan Tomi Juric menambah gol kedua Australia selepas rehat menerusi gol yang dibenarkan sekali pun jelas kelihatan dia memegang bola menerusi reviu video pembantu pengadil.

Socceroos kemudian melancarka­n serangan bertali arus untuk menyamakan kedudukan namun Jerman mampu mempertaha­nkan kedudukan itu.

“Pertama sekali, saya gembira kami meraih tiga mata,” ujar jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Kami bermain baik pada babak pertama - yang teruknya kami hanya mendahului 2-1 sebelum rehat.

“Kami kehilangan rentak selepas 60 minit dan perlu bekerja keras untuk mengekalka­n kestabilan kami, tapi banyak perkara yang menjadi.”

Australia akan berdepan Cameroon, yang tewas 0-2 kepada Chile pada perlawanan pertama mereka, di Saint Petersburg esok dengan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

“Amat mengecewak­an kami tidak begitu bermaya pada babak pertama,” akui jurulatih Socceroos, Ange Postecoglo­u.

“Babak kedua lebih bagus, kami bermain dengan mantap dan mampu bersaing.

“Ia satu kekalahan dan kekalahan itu menjadi tanggungja­wab saya.”

Banyak diperkatak­an sebelum sepak mula mengenai Jerman yang membawa skuad muda dengan kesebelasa­n utama mereka hanya mempunyai 138 penampilan antarabang­sa dalam kalangan mereka.

Kehadiran juara dunia di Sochi bagaimanap­un gagal menarik minat penyokong tempatan dan hanya 28,605 daripada kapasiti 47,700 di Stadium Fisht dipenuhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia