Harian Metro

Ronaldo tiada perancanga­n tinggalkan Real Madrid

-

Madrid: Cristiano Ronaldo tidak bercakap dengan pegawai Real Madrid mengenai perpindaha­n dari kelab Sepanyol itu dan dia tidak dijangka meninggalk­an juara Eropah itu pada musim panas ini, menurut presiden kelab Florentino Perez.

Penyerang prolifik itu menyumbat dua gol mengemudi kemenangan 4-1 ke atas Juventus pada final Liga Juara-Juara awal bulan ini, namun masa depannya di kelab itu diragui minggu lalu apabila akhbar Portugal, A Bola melaporkan dia mahu meninggalk­an Sepanyol selepas dituduh melakukan kesalahan mengelak membayar cukai.

Pendakwara­ya Sepanyol sudah memfailkan tuntutan mahkamah menuduh pemain itu menipu lembaga percukaian sebanyak 14.7 juta euro (RM70 juta) dengan menyembuny­ikan pendapatan hak imejnya antara 2011 dan 2014. Ronaldo menafikan sebarang salah laku.

Pemain berusia 32 tahun itu menandatan­gani kontrak baru bersama Real hingga 2021 November lalu dan mempunyai klausa tebus kontrak sebanyak 1 bilion euro (RM4.77 bilion).

“Saya belum bercakap dengan Cristiano, saya hanya mengetahui mengenainy­a dalam akhbar. Saya tiada sebarang jalan penyelesai­an, tapi Cristiano, seperti pemain lain mempunyai kontrak dan seorang pemain Real Madrid,” kata Perez.

“Saya pasti dia akan bercakap dengan kami mengenai apa yang berlaku (dengan kes cukai), yang jelas menjejaska­n kredibilit­inya dan kami akan lihat apa yang berlaku.”

Ronaldo, penjaring gol terbanyak Portugal sepanjang zaman, menjadi pemain terbaru dalam senarai panjang pemain bola sepak di Sepanyol - antara mereka pemain Barcelona, Lionel Messi dan Neymar - terperangk­ap dalam kes menipu cukai atau bayaran perpindaha­n.

Ronaldo kini bersama Portugal pada Piala Konfederas­i di Russia dan tidak bercakap apa-apa mengenai masa depannya sejak cerita dalam A Bola disiarkan.

Ditanya mengenai potensi kelab yang akan disertai Ronaldo, Perez berkata: “Saya tidak berasakan Ronaldo akan pergi.”

- Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia