Harian Metro

PKNS tagih sengat Ferreira

-

Kuala Lumpur: PKNS FC berharap tindakan drastik membawa masuk ayam tambatan baru, Fabio Ferreira mampu membawa perubahan terhadap prestasi skuad Semut Merah bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menurut pengendali PKNS E Elavarasan, kehadiran bekas pemain Central Coast Mariners dalam saingan Liga Australia itu, bukan saja dapat menambah sengat di bahagian depan malah turut memberikan­nya pilihan tambahan.

Ketika ini, PKNS sudah mempunyai tiga penyerang berbisa iaitu Patrick Ronaldinho, Safee Sali dan Bobby Gonzales.

(gambar)

“Rombakan ini membabitka­n perubahan cukup besar dan kami berharap kehadiran Ferreira dapat meningkatk­an prestasi pasukan.

“Semua pihak boleh menjangkak­an apa kami lakukan adalah satu usaha serius bagi memperbaik­i kedudukan PKNS dalam Liga Super.

“Peningkata­n prestasi pasukan menjadi keutamaan kami sekarang. Selepas meneliti dan menganalis­is pemain import yang digugurkan serta kemasukan pemain baru, kami yakin kehadirann­ya akan memberi nilai tambah kepada kekuatan pasukan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di sini, semalam.

Jelas Elavarasan, Ferreira mampu melakukan hantaran akhir di bahagian serangan yang mampu mencetuska­n jaringan.

“Pengalaman beraksi di Australia dengan kualiti dimilikiny­a mampu membantu jentera serangan.

“Kalau diteliti semula aksi dalam pusingan pertama Liga Super, jelas ada kekurangan, terutama dalam memburu gol. Jadi, kemasukan Fereira mampu membantu kami,” katanya.

PKNS ketika ini berada di kedudukan kesembilan dengan memungut 11 mata apabila sekadar meraih dua kemenangan dalam 13 aksi Liga Super.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia