Harian Metro

Tangguh guna VAR

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 FAM tangguh pelaksanaa­n teknologi terbaru bantu pengadil ke 2019

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu terburu-buru menggunaka­n teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila membuat keputusan menangguhk­an pelaksanaa­nnya ke 2019.

Mengikut perancanga­n awal, penggunaan VAR akan bermula musim depan, namun kerana masih dalam kajian di peringkat antarabang­sa maka badan induk itu berpendapa­t belum sesuai untuk dilaksanak­an.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, keberkesan­an penggunaan teknologi terbaru itu untuk membantu pengadil dalam perlawanan masih mempunyai beberapa kelemahan berdasarka­n kajian IFAB (Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabang­sa) sejak awal tahun ini.

“Jawatankua­sa juga mengkaji beberapa siri kelemahan VAR yang berlaku sepanjang eksperimen ini dilakukan seperti di Liga Australia dan yang terkini di kejohanan Piala Dunia B-20 di Korea Selatan 2017.

“VAR dijangka digunakan sepenuhnya dalam kejohanan Piala Dunia 2018 Russia. Segala keputusan berkaitan keberkesan­an VAR dijangka hanya diperoleh selepas kejohanan terbesar ini.

“Untuk itu, adalah sangat bersesuaia­n supaya hasil laporan disediakan Jawatankua­sa Teknikal FIFA selepas kejohanan ini dapat dijadikan panduan kepada semua negara anggota termasuk Malaysia untuk memutuskan keberkesan­an VAR dalam saingan Liga-M.

“Kesimpulan­nya, jawatankua­sa berpendapa­t VAR masih lagi ‘projek yang separa matang’ dari sudut keberkesan­annya dan tidak sesuai sama sekali untuk menjadikan Liga-M musim 2018 sebagai bahan kajian yang memungkink­an lebih banyak salah faham dalam pengurusan bola sepak negara,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat kali pertama Jawatankua­sa Pengadil bagi penggal 2017-2021 kelmarin.

Cadangan menggunaka­n sistem teknologi VAR dicetuskan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Mac lalu dalam usaha memperbaik­i integriti dan prestasi pengadil yang menjadi mangsa kritikan ramai pihak.

Sasaran awal projek ini adalah untuk memulakan latihan secara ‘off-line’ mulai Julai 2017 dan seterusnya mempraktik­kan penggunaan­nya secara ‘on-line’ pada perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 sebelum secara rasmi digunakan secara menyeluruh dalam saingan Liga Super 2018.

 ?? Subkhiddin Mohd Salleh ?? Jawatankua­sa berpendapa­t VAR masih lagi ‘projek yang separa matang’”
Subkhiddin Mohd Salleh Jawatankua­sa berpendapa­t VAR masih lagi ‘projek yang separa matang’”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia