Harian Metro

Surendran tak rela kemarau jaringan

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Penyerang Melaka United R Surendran berazam memperoleh sentuhan jaringan pada saingan pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Selepas ketandusan gol sepanjang pusingan pertama, pemain sayap terbabit ingin kembali mencetak gol seperti dilakukann­ya musim lalu.

Katanya, dia yakin menerusi gabungan lapan muka baru dalam skuad mampu memberi suntikan lebih bertenaga buat Melaka.

Bekas pemain Pahang dan Selangor itu juga yakin kehadiran jurulatih baru Eduardo Almeida dari Portugal mampu memberi peluang buat Melaka untuk mengharung­i saingan dengan lebih bermakna.

“Malah, kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan dan 3-1 Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi persahabat­an baru-baru ini memberi keyakinan tinggi untuk kami lebih menyerlah.

“Almeida menerapkan taktikal berbeza berbanding jurulatih terdahulu. Bagaimanap­un, semuanya masih belum diuji sepenuhnya dan kami harap dapat menerapkan taktikal yang beliau mahukan pada perlawanan sebenar nanti,” katanya.

Surendran juga yakin komitmen tinggi rakan sepasukan ketika sesi latihan dan perlawanan persahabat­an sepanjang Ramadan mampu membentuk gandingan lebih serasi dan mantap.

Menurutnya, dia juga berazam untuk memastikan Melaka terus kekal dalam Liga Super 2018 selain membawa pasukan itu mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Baginya, walaupun melalui ujian getir Kumpulan C membabitka­n Kedah, UiTM FC dan Kelantan namun bukan halangan buat mereka berusaha melepasi halangan.

 ?? R Surendran ?? Almeida menerapkan taktikal berbeza berbanding jurulatih terdahulu”
R Surendran Almeida menerapkan taktikal berbeza berbanding jurulatih terdahulu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia