Harian Metro

Awasi kebangkita­n skuad Indonesia

-

Klang: Jurulatih skuad futsal wanita negara Muizzudin Mohd Haris percaya kemampuan anak buahnya untuk merangkul pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini, namun tetap berwaspada dengan ancaman Indonesia.

Beliau berkata, Thailand dan Vietnam seperti biasa bakal menjadi pasukan pilihan, namun peningkata­n Indonesia boleh menidakkan mereka untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian memenangi gangsa di Sukan SEA Myanmar, empat tahun lalu.

Pada 2015, sukan futsal tidak dipertandi­ngkan di Singapura.

“Berdasarka­n rekod 2013 di Myanmar, kita menang gangsa, jadi kami percaya peluang merangkul sekurang-kurangnya satu pingat tetap ada. Cuma sekarang kita baru saja mengharung­i satu perlawanan persahabat­an, jadi agak sukar untuk menilai kemampuan sebenar pemain ketika ini.

“Apa yang pasti, Thailand dan Vietnam akan meneruskan tradisi sebagai pencabar utama, tapi kita tahu Indonesia juga semakin meningkat,” kata Muizzudin kepada Arena Metro selepas menyaksika­n pasukannya menewaskan Hong Kong 5-3 dalam aksi persahabat­an antarabang­sa, kelmarin.

Ia perlawanan antarabang­sa pertama skuad negara tahun ini dan Muizzudin tidak mahu anak buahnya terlalu cepat berpuas hati.

“Pemain mengikut arahan cuma kesilapan dalam melakukan hantaran dan mengawal pemain lawan menyebabka­n kita dibolosi tiga gol. Selepas menentang Hong Kong, kita masih perlukan beberapa perlawanan lagi untuk memperkema­skan pasukan,” katanya.

Mengikut perancanga­n, skuad futsal wanita negara akan mengharung­i dua lagi aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Taiwan bulan depan dan China pada Ogos sebelum mengumumka­n senarai akhir 14 pemain ke Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia