Harian Metro

Morais beri impak positif

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Edwards yakin kemampuan jurulatih baru Johor DT

Pelantikan jurulatih dari Portugal Ulisses Morais bakal memberi impak positif buat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila meletakkan sasaran memburu kejuaraan Liga Super sekali gus mengintai peluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

Skuad Harimau Selatan kini berada di tangga teratas liga dengan kelebihan enam mata sambil diikuti rapat Pahang dan Kedah.

Saingan liga utama negara itu akan kembali bersambung pada 1 Julai depan dengan Johor DT dijadualka­n menentang Pulau Pinang di Stadium Larkin.

Pengarah Sukan Johor DT Alistair Edwards berkata, Morais akan membimbing skuad Harimau Selatan dengan kontrak 17 bulan berkuat kuasa serta-merta dan beliau diberi pilihan menyambung kontrak selama setahun untuk musim 2019.

“Morais mengikat kontrak setahun lima bulan dan beliau diberi pilihan menyambung kontrak setahun pada musim 2019 dan kami percaya kehadirann­ya mampu meningkatk­an prestasi pasukan.

“Beliau memulakan latihan hari ini (semalam) dan sebelum itu diperkenal­kan kepada pemain oleh pemilik Johor DT Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sesi pertemuan ringkas, kelmarin.

“Pemain menyambut baik kehadiran Morais dan saya percaya Johor DT akan lebih mantap di bawah kendaliann­ya,” kata Edwards.

Sebelum ini, pengendali dari Portugal itu dikaitkan untuk membimbing skuad kebangsaan bagi menggantik­an Datuk Ong Kim Swee selepas beliau dilihat berada di Johor Bahru pada 10 April lalu namun spekulasi itu meleset sama sekali apabila Tunku Ismail mengumumka­n pelantikan Nelo Vingada.

Pengendali berusia 57 tahun itu mempunyai reputasi baik di Eropah dengan pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, SC Beira-Mar serta Academica De Coimbra.

 ??  ?? EDWARDS percaya dengan kehadiran Morais permainan Johor DT dapat dipertingk­atkan.
EDWARDS percaya dengan kehadiran Morais permainan Johor DT dapat dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia