Harian Metro

Sean tekad mahu tingkat persembaha­n

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Penyerang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Sean Eugene Selvaraj mahu memanfaatk­an sepenuhnya pengalaman beraksi dalam siri Jelajah China baru-baru ini untuk meningkatk­an persembaha­nnya.

Biarpun hanya berpeluang beraksi dalam tempoh singkat, Eugene menyifatka­nnya sebagai pengalaman berharga.

Pemain muda berkata, dia diturunkan dalam tempoh kira-kira 10 minit pada aksi persahabat­an pertama menentang skuad B-22 China yang berkesudah­an pasukan negara tewas 0-1.

Menurutnya, pada perlawanan kedua menentang Guangzhou R&F yang berkesudah­an seri 2-2 pula, dia tidak beraksi lama selepas dilayangka­n kad merah oleh pengadil sekali gus menafikan harapannya beraksi perlawanan ketiga yang menyaksika­n skuad negara menang 3-0 ke atas Guangzhou Evergrande.

“Biarpun beraksi dalam tempoh singkat, banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh dalam siri Jelajah China itu.

“Saya berganding­an dengan S Kumaahran di barisan depan dan nyata antara kami ada keserasian namun kami perlu bekerja lebih keras untuk mencapai tahap prestasi lebih baik.

“Apapun, saya rasa terkilan selepas menerima kad merah dalam perlawanan kedua dan nyata ia memberi banyak pengajaran apa lagi ia membabitka­n aksi peringkat antarabang­sa,” katanya.

Selain mempersiap­kan diri bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos nanti, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan berdepan Kejohanan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia