Harian Metro

‘Rezeki jangan ditolak’

- DARI MUKA 1

Selain ligat berlakon, Zarul terima tawaran

menyanyi setiap hujung minggu

“Alhamdulil­lah selepas tamat GV3 saya mula menceburka­n diri dalam lakonan. Disebabkan tawaran itu mula datang, apa salahnya saya cabar diri untuk mencuba.

“Saya juga diberi peluang meminjamka­n suara untuk filem animasi The Secret Life of Pets versi bahasa Malaysia dan ini satu pengalaman baru buat saya,” katanya.

Zarul berkata, pastinya berbeza apabila berlakon dan meminjamka­n suara. Walaupun meminjamka­n suara dia juga perlu berlakon tetapi orang tidak nampak.

“Saya anggap ia pengalaman dan keterujaan yang baru buat saya. Pastinya ia mempunyai cabaran tersendiri.

“Saya memang tidak ada pengalaman, tetapi tidak serik untuk mencuba dan berharap berpeluang meminjamka­n suara untuk filem lain pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Zarul juga turut terbabit dalam drama episod bertajuk Mr Darling Inspektor Danial yang bakal disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi.

Apa yang pasti, Zarul berjaya membuktika­n usia 40-an bukan alasan untuk tidak mendapat tawaran berlakon sebaliknya jika sudah rezeki rebutlah peluang yang sedia ada.

“Saya anggap masih diberi peluang menyanyi dan berlakon pada usia begini adalah rezeki yang tidak boleh saya tolak.

“Apabila melihat artis lain yang seusia mampu melakukann­ya, mengapa saya tidak? Walaupun orang melihat seperti ligat berlakon, tawaran menyanyi masih saya terima pada setiap hujung minggu,” katanya.

Zarul berkata, dia turut berkongsi perkembang­an seninya setiap hari di laman Instagram untuk makluman peminat. -Syanty Octavia Amry

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia