Harian Metro

Lebaran pertama sebagai ‘bapa’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Satu anugerah buat penyanyi Hael Husaini apabila tahun ini akan menjadi tahun pertamanya menyambut Aidilfitri bersama anak angkatnya.

Bayi perempuan yang kini berusia sebulan itu diberi nama Nur Helena dan menjadi rezeki baru buat penyanyi berusia 30 tahun ini.

“Saya anggap ini sebagai salah satu rezeki daripada Allah. Semakin meningkat usia, saya terdetik untuk mempunyai anak dan belajar satu lagi tanggungja­wab,” katanya.

Sejak memiliki Nur Helena, Hael sendiri mengakui kehidupann­ya banyak berubah.

“Sejujurnya, kehidupan saya berubah secara keseluruha­n. Kalau dulu, hidup sendiri tetapi sekarang perhatian lebih kepada Nur Helena,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman­nya selama sebulan membesarka­n bayi itu, Hael bersyukur kerana ramai yang turut membantu.

“Awalawalny­a agak kekok, tetapi saya bersyukur ramai membantu terutama ibu yang menjaga Helena ketika saya keluar bekerja.

“Untuk persiapan Aidilfitri pun, saya lebih teruja untuk membeli pakaian untuk anak. Yang peningnya adalah kerana tidak banyak baju yang muat memandangk­an dia masih kecil,” katanya.

Aidilfitri ini, Hael akan pulang beraya di kampung halamannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

“Saya tidak bercuti panjang. InsyaAllah, selepas itu saya akan mengadakan majlis rumah terbuka, namun belum ada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an kerjayanya, Hael yang kini bergerak sebagai penyanyi solo memaklumka­n semuanya berjalan lancar.

“Pada awalnya, memang ada sedikit kesukaran kerana selalunya bergerak berdua. Tetapi, lamakelama­an, semuanya berjalan lancar.

“Kini sudah masuk bulan keempat saya bergerak solo dan percaya rezeki ada di manamana. Mungkin sekarang adalah masa rezeki saya, jadi saya sangat bersyukur,” katanya.

Terbaru, Hael kini giat mempromosi­kan single terbarunya, Jampi yang semakin mendapat tempat di hati pendengar.

 ??  ?? Sejujurnya, kehidupan saya berubah secara keseluruha­n. Kalau dulu, hidup sendiri tetapi sekarang perhatian lebih kepada Nur Helena
Sejujurnya, kehidupan saya berubah secara keseluruha­n. Kalau dulu, hidup sendiri tetapi sekarang perhatian lebih kepada Nur Helena

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia