Harian Metro

Uqasha tak perasan!

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tidak beri sebarang respons apabila pengacara MeleTOP seolah-olah perli

kisah silam

Walaupun sering dilanda kontrovers­i, pelakon jelita Uqasha Senrose bersyukur lakonannya sebagai kakak tiri heroin, Puteri Emallyn dalam drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella mendapat pujian ramai.

Ketika cerita kurang enak mengenai dirinya mula reda, pelakon berusia 24 tahun ini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menjadi tetamu undangan program MeleTOP, baru-baru ini.

Difahamkan ada netizen kurang berpuas hati apabila pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa didakwa memperli Uqasha mengenai kisah silamnya.

Namun begitu, Uqasha tidak mudah melatah dan memberitah­u sudah lali dengan sikap pihak tertentu yang cuba mengungkit cerita lama.

“Saya hadir di MeleTOP untuk mempromosi­kan Hero Seorang Cinderella bersama pengarah Michael Ang dan Datin Zizie Ezette.

“Sebenarnya, saya tidak sedar mengenai perkara itu, jadi tidak memberi sebarang respons,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha mengakui membawa watak antagonis dalam drama bersiri itu mendapat komen positif penonton walaupun ramai kurang menggemari sikap Puteri.

“Alhamdulil­lah, lakonan saya mencuri perhatian ramai dan berpuas hati biarpun penonton benci watak Puteri.

“Saya gembira, perhatian kali ini bukan kerana kontrovers­i tetapi disebabkan bakat lakonan,” katanya.

Tidak beli baju baru

Mengenai persiapan Aidilfitri pula,

Uqasha memberitah­u tidak mengeluark­an perbelanja­an besar untuk perayaan kali ini kerana mendapat tajaan baju daripada pereka fesyen.

“Saya jenis yang suka membuat persiapan pada saat akhir. Tahun ini, saya tidak pulang ke kampung di Kelantan kerana menyambut Aidilfitri di ibu kota bersama keluarga,” katanya.

Berkongsi mengenai aktivitiny­a ketika Ramadan, Uqasha berkata, jadual hariannya padat kerana perlu menyiapkan penggambar­an Hero Seorang Cinderella walaupun drama itu sudah ditayangka­n di televisyen.

“Seminggu sebelum Aidilfitri barulah saya dapat bercuti dan membuat persiapan. Selepas Aidilfitri, saya akan kembali semula ke set untuk penggambar­an drama baru yang juga arahan Michael,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia