Harian Metro

Zarina rakam lagu raya

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selepas 13 tahun bergelar penyanyi, inilah kali pertama Sharifah

Zarina Wan Hassan, 36, merakamkan lagu raya.

Dia terpanggil untuk merakamkan lagu raya kerana biasanya selepas Aidilfitri, Zarina banyak menerima undangan membuat persembaha­n pada rumah terbuka.

“Daripada asyik menyanyika­n lagu raya penyanyi lain, lebih baik saya nyanyikan lagu raya sendiri,” katanya.

Menurut Zarina, lagu berjudul Seiring Gema Takbir itu berkonsepk­an pop etnik dengan menyuntik elemen muzik Melayu menggunaka­n alat muzik seperti gamelan, gong dan rebana.

“Saya tahu seberapa banyak mana pun lagu raya baru yang dirakamkan, tetapi ia tetap tidak dapat menandingi kehebatan lagu raya ‘evergreen’ nyanyian Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk M Nasir, Datuk Sudirman Haji Arshad, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Sanisah Huri dan Datuk Ahmad Jais.

“Saya merakamkan lagu raya bukan untuk menyaingi lagu popular sedia ada, tetapi memeriahka­n lagi industri muzik tanah air.

“Saya sendiri apabila mendengar lagu raya lama seperti Dendang Perantau, Satu Hari Di Hari Raya, Bila Takbir Bergema dan Selamat Hari Raya terus membuatkan hati tidak sabar untuk pulang ke kampung,” katanya.

Menurut Zarina, lagu Seiring Gema Takbir adalah percubaan pertamanya merakamkan lagu raya dan jika sambutan bagus, mungkin tahun depan dia akan merakamkan­nya lagi.

Lagu itu adalah ciptaan komposer Azmeer dan lirik oleh Zarina sendiri.

“Asalnya projek itu untuk suka-suka saja tetapi ia menjadi pula. Rakaman lagu itu baru saja siap dan video muzik juga baru dirakamkan Ahad lalu.

“Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut Aidilfitri maka saya menggunaka­n baki Ramadan ini untuk mempromosi­kan lagu itu di radio dan stesen TV,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina sekeluarga akan menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Mudah bagi Zarina kerana suaminya, Buswami Abdullah juga berasal dari Kuching.

Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata iaitu Al Athalia Deena, Ariana Dina dan Habeeb.

“Sepupu saya akan melangsung­kan perkahwina­n seminggu selepas Aidilfitri, jadi alang-alang sudah berada di kampung, terus tunggu hingga majlisnya berlangsun­g,” katanya.

Seiring Gema Takbir berkonsep pop etnik dengan

suntikan elemen muzik

Melayu Daripada asyik menyanyika­n lagu raya penyanyi lain, lebih baik saya nyanyikan lagu raya sendiri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia