Harian Metro

Raya jadi lebih menarik

- 1. Suudu 2. Easybook 3. PLUS Mobile Apps

Selain itu, terdapat aplikasi seperti MyBengkel yang membolehka­n carian bengkel dan sebut harga pada harga berpatutan sebelum anda servis kenderaan.

IT@Metro mencadangk­an beberapa aplikasi yang sesuai digunakan ketika musim perayaan. Kalau secara tradisiona­lnya kita bersiap dengan membeli baju raya, jangan dilupakan juga mendapatka­n aplikasi seperti berikut:

Pening untuk cari menu raya? Dengan himpunan pelbagai resipi masakan melalui aplikasi Suudu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih menu menarik untuk tetamu nanti.

Suudu adalah aplikasi yang berkaitan dunia pemakanan, sama ada dalam memilih tempat untuk makan, cara memasak, mendapatka­n tip dan bahan bacaan bermanfaat serta mendaftar di kelas memasak.

Pada bahagian Resipi Masakan, anda akan diberikan langkah mudah untuk setiap resipi bagi membantu anda dalam penyediaan menu pilihan. Terdapat juga video arahan untuk resipi terpilih.

Melalui aplikasi ini, anda boleh merancang pembelian bahan mentah. Senarai barang bahan mentah yang anda perlu akan disenaraik­an seperti kuantiti bawang dan cili.

Bahkan, anda boleh menyimpan dan mempunyai senarai resepi kegemaran anda sendiri. Hanya log masuk dengan alamat e-mel atau menggunaka­n akses masuk menggunaka­n akaun Facebook anda.

Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi resipi kegemaran menerusi

Beberapa

aplikasi membantu memudahkan

kita beraya

pelbagai platform media sosial bersama rakan.

Suudu boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan App Store.

Sering kali kita mendengar masalah tiket habis untuk pulang berhari raya tapi apa kata anda cuba aplikasi Easybook.com.

Easybook.com adalah aplikasi tempahan tiket pengangkut­an terbesar yang menawarkan semua pilihan tiket termasuk bas, kereta api, feri, kereta sewa dan tempahan pelanconga­n di seluruh Asia Tenggara.

Bagi perjalanan bas, anda boleh memilih daripada lebih 500 pengusaha bas dan lebih 10,000 laluan bas ke semua destinasi pelanconga­n yang popular di Malaysia, Singapura, Indonesia serta Thailand.

Selain bas, anda juga boleh memudahkan perjalanan dengan menaiki kereta api apabila Easybook. com adalah sistem tempahan tiket terbesar bagi perkhidmat­an Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Tren Elektrik (ETS) yang menawarkan perjalanan pantas dan selesa ke setiap destinasi termasuk ke Hatyai dan Woodlands Singapura.

Untuk bercuti ke pulau kegemaran pula, pengguna boleh memilih waktu yang sesuai mengikut jadual perjalanan feri ke 100 laluan pulau antaranya seperti ke Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Batam dan Pulau Bintan.

Easybook.com boleh dimuat turun daripada kedua-dua platform Play Store dan App Store.

Setiap hari dianggarka­n lebih 1.2 juta pengguna lebuh raya di negara ini dan jumlah ini meningkat sebanyak 25 peratus ketika musim perayaan yang memerlukan sistem terkini bagi menyampaik­an maklumat lalu lintas lebih baik.

Demi melancarka­n perjalanan di atas

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia