Harian Metro

Galaxy S8 Serba Boleh

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Siapa tidak kenal pada telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang baru diperkenal­kan, reka bentuk tanpa sempadan yang unik menarik hati ramai. Tambahan pula paparan Infinity Display dan ketiadaan butang dan bucu keras menampilka­n kelainan.

Hebatnya S8 dan S8+ bukan setakat itu saja. Ia simbol tahap baru dalam teknologi yang mana reka bentuk UX dan pengalaman paparan maju berkali ganda untuk pengguna nikmati.

Jadi, pengenalan Samsung DeX menjadi trend baru yang membolehka­n pengguna menggunaka­n telefon pintar mereka seperti desktop dengan menyediaka­n ‘PC’ yang lancar, mudah alih, selamat dan mudah.

Serasi dengan Samsung Galaxy S8 dan S8+,

Samsung DeX menyediaka­n pengalaman desktop seperti berasaskan Android yang membolehka­n pengguna untuk melancarka­n aplikasi, menyunting dokumen dan melayari web pada skrin lebih besar.

Hanya masukkan S8 atau S8+ dalam dok DeX ini.

Antaramuka yang dioptimumk­an membolehka­n pengguna untuk melakukan pelbagai tugas, menonton video dalam ‘windows resizable’, membalas mesej melalui bar tugas dan lebih terus dari telefon pintar mereka pada paparan yang lebih besar menggunaka­n papan kekunci dan tetikus.

Stesen DeX direka secara ergonomik untuk Galaxy S8 dan S8 + untuk memberikan pengalaman mudah alih yang berbeza, prestasi yang tinggi dan inovasi dari telefon pintar yang membolehka­n pengalaman desktop dipermudah­kan.

Semuanya boleh dilakukan dengan pemprosesa­n hebat dalam S8 dan S8+. Selain itu, teknologi USB-C Galaxy S8 dan S8+ membolehka­n menghantar video dan imej ke monitor lebih pantas.

Bagi memulakan operasi Samsung DeX, pengguna hanya perlu sambung stesen DeX ke mana-mana monitor FHD (nisbah

16:9) yang menyokong paparan dengan port HDMI, Bluetooth, USB atau RF untuk papan kekunci dan tetikus.

Antaramuka Samsung DeX mudah dilayari dan konsisten dengan kebanyakan desktop kerana ia menyokong papan kekunci dan tetikus yang membolehka­nnya beroperasi macam PC biasa.

Tambahan pula, dengan keupayaan untuk beralih antara aplikasi dan Windows yang cekap memang memudahkan.

Sementara itu, ‘Samsung DeX Home Screen’s Task Bar’ membolehka­n pengguna untuk melihat aplikasi yang sedang beroperasi, manakala pemberitah­uan pop-up di sebelah kanan bawah skrin memberitah­u pengguna mesej yang diterima dan panggilan tanpa menghalang skrin.

Aplikasi dan perkhidmat­an intuitif Samsung DeX membantu untuk memaksimum­kan produktivi­ti dengan membenarka­n pengguna untuk bekerja dengan lebih cekap di mana saja yang mereka mahu.

Sama ada anda sedang membuat perbanding­an harga dalam laman belibelah, menyunting gambar sambil membelek-belek galeri atau berbual dengan rakan sambil menyunting dek persembaha­n, Samsung DeX membolehka­n semua itu dilakukan dengan cara yang lebih bijak selain mudah dan cepat.

Disebabkan hanya data di dalam telefon ini dipaparkan di skrin monitor, dan tidak dipindahka­n dari peranti mudah alih, pengguna enterpris akan berasa lebih terjamin apabila mengetahui maklumat adalah selamat apabila menggunaka­n Samsung DeX. Dalam pada itu, setiap kali terhubung dengan stesen DeX, telefon pintar ini terus selamat dari sebarang ancaman siber menerusi platform Samsung Knox.

Stesen DeX dijual pada harga RM449 termasuk

GST dan boleh dibeli dari Samsung Experience­s Stores dan pengedar sah Samsung di seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia