Harian Metro

Teknologi dalam LG

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Kediaman pintar bagi segmen premium dan produk

menjadi perhatian tahun ini

LG Electronic­s (M) Sdn Bhd memperkena­lkan rangkaian baru produk perkakasan elektrik rumah bertemakan Innovation that Goes Beyond mempunyai beberapa teknologi terkini yang menjimatka­n masa dan wang pengguna.

Pengurus Besar Pemasaran LG Electronic­s (M) Sdn Bhd Kong Mung Keen berkata, rangkaian perkakasan rumah LG seperti pendingin hawa Dual Cool Smart Inverter televisyen LG Signature 4K OLED, televisyen

Super UHD, peti sejuk Smart InstaView dan mesin basuh TWINWash berupaya memberi keselesaan kepada isi rumah.

“Pendingin hawa misalnya memang sesuai untuk cuaca di Malaysia yang lengkap teknologi Dual Cool Standard, Dual Cool Standard (Mosquito Away) dan Dual Cool Deluxe,” katanya ketika ditemui IT@Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kesihatan adalah aspek yang menjadi pertimbang­an utama LG ketika membangunk­an produk barunya apabila mempunyai penapis habuk mikro yang memerangka­p partikel mikro seperti bakteria, alergen dan habuk bagi membersih serta menyegarka­n udara di dalam rumah.

“Ciri unik Mosquito Away LG terdiri daripada peranti yang menghasilk­an gelombang ultrasonik tanpa bunyi antara 30kHz -100kHz yang mengurangk­an kemampuan nyamuk mengesan karbon dioksida dengan melumpuhka­n sistem sarafnya dan menjadi teknik penghalau nyamuk yang bebas bahan kimia,” ulasnya.

Beliau berkata, meskipun berdepan persaingan, LG yakin dengan kemampuan reka ciptanya terutama dalam segmen produk kelengkapa­n rumah berikutan LG berada pada kedudukan tertinggi di pasaran Malaysia.

LG menampilka­n barisan produk peralatan kediaman pintar bagi segmen premium dan produk yang menjadi perhatian tahun ini ialah televisyen pintar, LG Signature OLED TV.

Melalui teknologi pembelajar­an mendalam yang LG gunakan, ia akan membolehka­n setiap peralatan rumah baru LG untuk tampil lebih memahami kehendak pengguna dengan mengumpul dan mengkaji corak gaya hidup pelanggan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? KONG bersama barisan produk hebat LG.
KONG bersama barisan produk hebat LG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia