Harian Metro

COV BAWA IMEJ TOLERANSI

-

Kumpulan ditubuhkan pada 2015 nyanyi

pelbagai lagu dengan bahasa berbeza

Ada yang berpendapa­t, COV mencermink­an wajah Malaysia kerana kumpulan yang ditubuhkan pada

2015 ini menyanyika­n pelbagai lagu dengan bahasa berbeza.

Video nyanyian mereka juga pernah tular dan mencuri perhatian umum apabila kebanyakan ahli yang tidak bertutur bahasa Mandarin dan Kantonis dapat menyebut lirik bahasa itu dengan betul.

Kerja keras dan usaha mereka berbaloi apabila menerima komen dan respons positif daripada peminat. Malah, peminat mereka bukan saja dari Malaysia tapi dari Indonesia dan negara Asia lain.

Menurut Jeffrey, penubuhan kumpulan ini bermula sejak zaman kolej ketika Asnal menemui Jaswan.

“Asnal dan Jazwan dari satu tempat pengajian yang sama dan mereka sering menyertai pertanding­an dan berlatih menyanyi bersama.

“Apabila tamat pengajian, mereka berdua berfikir untuk tubuhkan kumpulan acapella yang berkualiti selepas mendapat inspirasi daripada kumpulan acapella terkemuka antarabang­sa, Pentatonix dan filem Pitch Perfect.

“Ketika itu saya giat menghasilk­an video dan sering memuat naik di YouTube. Dari situ kami kenal dan saya rasa bertuah kerana sudah lama menanam impian untuk menyertai kumpulan acapella,“katanya ketika ditemui selepas persembaha­n di e-Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Menjadikan Pentatonix sebagai idola dan rujukan, mereka juga berkesempa­tan menghadiri konsert Pentatonix yang diadakan di Malaysia dua tahun lalu.

“Pada konsert itu kami menemui Ikhwan dan mengenali Juhairiee menerusi kenalan penyanyi acapella yang lain.

“Di konsert itu kami berjumpa buat pertama kali dan sempat ‚jamming‘ di situ dan mengambil keputusan menubuhkan kumpulan ini.

“Kami kini dalam perancanga­n menghasilk­an single. Walaupun bahasa ibunda berbeza, kerana muzik, kami mampu bersatu dan cuba belajar bahasa lain jadi ia membuka sisi baru pada kami dan menjadikan kita lebih bersatu,“katanya.

Bagi yang ingin menyaksika­n persembaha­n unik mereka, COV membuat persembaha­n di e-Curve pada jam 3.30 petang dan 6 petang setiap hujung minggu dan hari cuti umum bermula 26 Mei hingga 27 Jun 2017.

Maklumat lanjut berkenaan COV layari colourofvo­ices.com atau berkenaan kempen dan persembaha­n COV di e-Curve layari www.ecurve.my.

 ??  ?? COV ditubuhkan pada 2015 selepas mereka bertemu di konsert Pentatonix.
COV ditubuhkan pada 2015 selepas mereka bertemu di konsert Pentatonix.
 ??  ?? PELBAGAI jenis lagu dengan bahasa berbeza diketengah­kan menarik perhatian ramai termasuk peminat dari luar negara.
PELBAGAI jenis lagu dengan bahasa berbeza diketengah­kan menarik perhatian ramai termasuk peminat dari luar negara.
 ??  ?? LIMA jejaka muda ini nekad memperjuan­gkan nyanyian acapella di Malaysia dan persada dunia.
LIMA jejaka muda ini nekad memperjuan­gkan nyanyian acapella di Malaysia dan persada dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia