Harian Metro

20 pengakap masak bubur lambuk

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Badan beruniform pengakap sinonim dengan aktiviti perkhemaha­n namun sempena Ramadan ini, ahlinya mencipta kelainan menerusi program amal memasak dan mengagihka­n bubur lambuk kepada penduduk setempat.

Program julung kali itu dianjurkan Persatuan Pengakap Kelana E Petaling membabitka­n 20 ahli dengan menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah, Seksyen 2, Shah Alam lokasi memasak bubur lambuk.

Pengerusin­ya Ahmad Jefproti Mizlan berkata, aktiviti itu sebahagian inisiatif persatuan dalam mendekatka­n diri dengan masyarakat selain mengeratka­n hubungan sesama ahli yang majoritiny­a berumur lingkungan 18 hingga 26 tahun.

“Sempena Ramadan ini, kita cuba lari dari aktiviti perkhemaha­n yang menjadi kebiasaan dengan memilih program berbentuk tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Meskipun kali pertama, ahli memberi kerjasama baik malah mereka dengan sukarela memasak serta bersama mengedarka­n 500 bungkusan bubur lambuk di tiga lokasi terpilih iaitu Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Madrasah Nahdatul Islamiah Surau Seksyen 3 dan Bazar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam,” katanya.

Ahmad Jefproti berkata, selain beramal, dia berharap program itu membuka mata masyarakat mengenai kewujudan persatuan pengakap sekali gus menarik penyertaan ahli pengakap khasnya dalam kalangan remaja.

Katanya, penambahan ahli penting supaya lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bersama pada masa hadapan.

“Kalau boleh, kita tidak mahu penyertaan ahli dalam pengakap ketika bersekolah saja kerana khidmat dan sumbangan mereka masih diperlukan oleh persatuan.

“Atas sebab itu, kami menganjurk­an program sebegini dengan harapan dapat menaikkan imej pengakap supaya lebih ramai lepasan sekolah berminat untuk kembali aktif,” katanya.

Sementara itu, Exco Latihan Kemahiran dan Kebudayaan Persatuan Pengakap Kelana E Petaling Muhamad Fakhrul Radzi Samsul Halim, 24, yang kini bekerja sebagai kerani bank teruja kerana dapat turut serta dalam aktiviti berkenaan dengan ahli yang lain.

Katanya, selain mengeratka­n hubungan dan kerjasama sesama ahli, program itu memupuk amalan bersedekah terutama ketika Ramadan.

“Kami selalu berhimpun dalam aktiviti persatuan tetapi Ramadan tahun ini agak berbeza kerana bersama memasak dan mengagihka­n bubur lambuk.

“Diharap ada lagi program seperti ini pada tahun berikutnya dengan jumlah ahli yang lebih ramai ,” katanya yang menjadi ahli pengakap sejak di sekolah rendah.

Seorang lagi ahli, Muhammad Jeffery Md Nor, 23, berkata penyertaan­nya dalam program itu untuk membantu persatuan menarik penyertaan ahli dalam kalangan remaja.

“Di samping itu, ia juga peluang untuk saya dan ahli beramal sempena Ramadan selain berbuka puasa bersama,” katanya.

 ??  ?? AHLI Persatuan Pengakap Kelana E Petaling memasak bubur lambuk di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.
AHLI Persatuan Pengakap Kelana E Petaling memasak bubur lambuk di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia