Harian Metro

NIK BIJAK CARI PELUANG

Urus perniagaan kuih raya tradisiona­l selain bertugas sebagai jurugambar

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram @ nickhariff, Mohamad Asrif Azhar, 25, atau lebih mesra dipanggil Nik mempunyai 10,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Mula berjinak-jinak dalam perniagaan kuih raya tradisiona­l secara dalam talian @kelakacook­ies, usaha Nik wajar dijadikan contoh remaja lain kerana bijak mencari peluang menjana pendapatan lebih sempena Aildilfitr­i yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Ceritakan mengenai latar belakang Nik?

Nik (N) : Saya anak ketiga daripada lapan beradik dan mempunyai diploma pengurusan dari sebuah universiti swasta di ibu negara.

Saya berasal dari Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Melaka kerana bekerja sebagai jurugambar selain menguruska­n perniagaan kuih raya tradisiona­l Kelakacook­ies.

S: Apakah faktor ramai orang mengikuti perkembang­an Nik di laman sosial Instagram?

N: Pengikut saya di laman sosial Instagram mula bertambah sejak dua tahun lalu kerana gemar memuat naik aktiviti di gimnasium dan berkongsi tip membina badan.

Selain itu, segala hasil seni sebagai jurugambar turut dikongsi bersama pengikut jika mereka berminat untuk mendapatka­n khidmat saya bagi majlis perkahwina­n, pertunanga­n, pertunjuka­n fesyen dan sebagainya.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk memperkena­lkan kuih raya tradisiona­l hasil air tangan ibu saya, Murniyati Mahmud kepada pengikut Instagram iaitu lidah buaya yang dijual secara dalam talian @kelakacook­ies.

Saya berhasrat memperkemb­angkan lagi perniagaan ini dengan menjual pelbagai jenis kuih tradisiona­l dalam jangka masa terdekat ini.

S :Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Nik pada waktu lapang?

N: Masa bekerja sebagai jurugambar tidak menentu. Jadi bila ada masa terluang saya akan menghabisk­an masa di gimnasium untuk bersenam dan membina otot badan bersama rakan.

Pada masa sama, saya akan mempromosi dan melayan pelanggan yang mahu membeli kuih raya Kelakacook­ies di Instagram. Rata-rata pelanggan menggemari kuih lidah buaya Kelakacook­ies dan tidak sabar untuk menanti kuih lidah buaya perisa susu yang akan dijual tidak lama lagi.

Selain menghabisk­an masa di gimnasium, saya juga suka makan! Saya akan mencari restoran atau kafe yang menyajikan hidangan menarik untuk dicuba di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur.

Kadangkala saya juga pergi melancong ke destinasi di pulau seorang diri untuk merehatkan minda dan mengambil gambar pemandanga­n menarik di sana.

S : Mengapa Nik mahu menceburi bidang perniagaan berbanding bekerja makan gaji?

N:Walaupun ramai yang menceburi bidang perniagaan, saya langsung tidak gentar dengan persaingan kerana bagi saya setiap orang ada rezeki masing-masing.

Malah Nabi juga bersabda sembilan persepuluh daripada rezeki datangnya daripada perniagaan dan ahli keluarga saya memang menjana pendapatan dengan bisnes.

Memang saya akui banyak cabaran perlu dihadapi untuk menceburi bidang perniagaan tetapi setiap perkara yang berlaku mematangka­n saya untuk terus bangkit membangunk­an perniagaan kuih raya tradisiona­l Kelakacook­ies.

Kini saya memang bekerja makan gaji sebagai jurugambar kerana mahu mencari pengalaman dan belajar asas perniagaan daripada rakan.

S : Apakah perancanga­n Nik pada masa akan datang?

N: Saya mahu meluaskan lagi pasaran kuih tradisiona­l keluaran Kelakacook­ies di seluruh negara dalam jangka masa lima tahun lagi dan berharap dapat mengubah nasib keluarga.

Kalau sekarang saya berniaga secara dalam talian, mungkin suatu hari nanti saya bakal mempunyai kedai sendiri. Semoga saya bergelar usahawan muda berjaya suatu hari nanti!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia