Harian Metro

Orang dewasa turut berminat

-

“Malah, ada juga yang mahukan rekaan watak hero digemari dan kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan,” kata Maizatul Ros Akmar.

Menariknya, beg silang berkenaan juga boleh ditambah dengan nama anak agar ia boleh digayakan pada bila-bila masa saja selain Syawal bersama pilihan warna yang ceria.

Koleksi beg edisi terhad berkenaan dihasilkan menggunaka­n fabrik polyester felt, zip dan tali yang ditambah hiasan reben serta watak pilihan.

Selain itu, himpunan beg kepit pula direka untuk memastikan si kecil menyimpan duit raya mereka dengan baik. Malah, orang dewasa yang gemarkanny­a juga boleh menggayaka­nnya untuk menyimpan telefon bimbit, powerbank, alat mekap atau barang peribadi yang lain.

Istimewany­a, koleksi beg kepit itu membolehka­n pengguna yang menempah memilih motif fabrik digemari.

Beg ini disiapkan menggunaka­n kain kapas Jepun dan ditambah dengan pita velcro untuk menutup bukaan bahagian depan beg kepit.

Ia dihiasi reben kain felt dan resin yang comel dengan motif awan, patung anak beruang, ais krim serta pelbagai hiasan menarik yang mencuit hati.

Sementara itu, perniagaan berasaskan produk kraf kreatif itu bermula secara dalam talian di laman blog dan Facebook pada 2011, yang asalnya dilakukan sekadar memenuhi minat untuk mengisi masa lapang.

“Saya suka kongsi minat di blog. Apabila mendapat sambutan daripada rakan penulis blog, saya mula menerima tempahan secara dalam talian.

“Rakan sekelas dan sebilik juga berminat dengan kraftangan yang dihasilkan pada masa itu. Saya siapkan tempahan yang diterima secara sambilan memandangk­an ketika itu masih belajar di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA), Gombak.

“Sejak itu, saya mula bergiat aktif dan memuat naik semua hasil seni saya Facebook,” katanya. -Hajahfarha­na Tarmudi

 ??  ?? MAIZATUL Ros Akmar bersama koleksi beg sempena Syawal.
MAIZATUL Ros Akmar bersama koleksi beg sempena Syawal.
 ??  ?? BEG kepit untuk ibu menyimpan duit raya anak kecil atau barangan peribadi.
BEG kepit untuk ibu menyimpan duit raya anak kecil atau barangan peribadi.
 ??  ?? REKAAN comel untuk anak perempuan.
REKAAN comel untuk anak perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia