Harian Metro

Paru-paru kembar sensitif

-

WAJIB PAKAI TOPENG MUKA

“Setiap kali keluar rumah, pasti ada yang bertanya pelbagai persoalan. Kenapa kembar pakai topeng muka?

Tak sihat ke? Jerebu ke? Selesema ke?

“Setiap kali itulah kami akan beri jawapan berlainan sama ada jerebu, tidak sihat atau sengaja pakai untuk pencegahan. Ada juga yang takut anak mereka boleh dijangkiti sedangkan si kembar sudah sihat.

“Saya sudah lali dengan pelbagai persoalan yang diajukan orang sekeliling setiap kali melihat anak kami memakai topeng muka. Biarlah apa orang nak kata, yang penting saya ambil langkah selamat untuk anak. Lagipun, pelbagai jenis virus yang kerap muncul sekarang ini, lebih baik mencegah daripada mengubati.

“Malah, anak kembar kami juga tidak pernah rimas memakai topeng muka. Kalau tidak memakainya, mesti mereka minta dipakaikan juga,” kata Amerudin .

Jelasnya, anak kembar mereka, Arissa Nursyakira Amerudin (kakak) dan Afrina Nursyakila (adik), 6, mula memakai topeng muka setiap kali keluar rumah sejak berusia tiga tahun lagi hingga sekarang.

Mengimbas kisah lalu, Amerudin berkata, berat kakak adalah 2.6 kilogram (kg) manakala adik, 2kg ketika dilahirkan. Pada Mac 2013, ketika berusia dua tahun, kembar ini dikejarkan ke hospital awam kerana mengalami alergi kulit dan demam panas dengan suhu yang tinggi.

Seluruh badan timbul bengkak dan kemerahmer­ahan menyebabka­n kegatalan teruk. Keduadua anaknya ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Lebih menyedihka­n, mereka diberitahu pasangan kembar itu dijangkiti virus paruparu pula pada hari ketiga berada di dalam wad.

“Penyakit lama belum sembuh, masalah lain pula yang menimpa. Selama dua minggu kembar tidak bermaya, menyebabka­n kami begitu runsing dan terpaksa memindahka­n mereka ke hospital pakar.

“Alhamdulil­lah, dengan izin Allah rawatan di hospital pakar sangat berkesan dan kembar semakin pulih dari semasa ke semasa. Rawatan dilanjutka­n selama dua minggu.

“Sejak itu, doktor pakar menasihatk­an kami supaya kembar dikuaranti­n selama tiga tahun dan elakkan daripada bergaul dengan

 ??  ?? SI KEMBAR juga selesa memakai topeng muka demi kebaikan sendiri.
SI KEMBAR juga selesa memakai topeng muka demi kebaikan sendiri.
 ??  ?? AMERUDIN dan Noor Zalia bersama anak kembar mereka.
AMERUDIN dan Noor Zalia bersama anak kembar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia