Harian Metro

Kanak-kanak diabetes kongsi kisah hidup

-

Hospital Columbia Asia menganjurk­an acara untuk kanak-kanak diabetes yang memberi peluang pesakit kecil itu menceritak­an aktiviti harian mereka dengan cara menyeronok­kan.

Acara yang dinamakan Berkongsi Kisah Terpendam bertema ‘Hidup Saya Sebagai Kanak-Kanak Diabetes’ adalah inisiatif hospital itu yang melangkaui bidang penjagaan pesakit bagi meraikan kanak-kanak diabetes.

Acara itu juga adalah penutup bagi siri acara yang dianjurkan sempena Bulan Kesedaran Diabetes Sedunia dengan kerjasama Diabetes Malaysia.

Kanak-kanak di bawah usia 16 tahun yang menghidap diabetes Jenis 1 diberi peluang melakar kisah hidup mereka melalui penulisan kreatif, dalam format karangan pendek atau puisi.

Diabetes Jenis 1 ialah suatu penyakit yang sering disalah anggap kerana ia tidak selazim diabetes Jenis 2 yang dihidapi orang dewasa. Malah tanda fizikalnya juga tidak jelas.

Kesedaran yang agak rendah mengenai diabetes jenis ini mengakibat­kan ia sering disalah fahami dalam kalangan orang awam.

Kanak-kanak yang berpenyaki­t diabetes

Jenis 1 lazimnya pendiam dan pemalu. Ini mungkin kerana rakan sebaya tidak memahami mengapa mereka perlu mengambil suntikan insulin beberapa kali sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif Columbia AsiaAsia Tenggara Kelvin

Tan berkata, komitmen Columbia Asia bukan semata-mata untuk membantu menampung rawatan penyakit.

“Kami juga ingin menyumbang lebih lagi menerusi inisiatif baru ini. Walaupun masih kanakkanak, tetapi seperti insan lain, pesakit ini juga ingin menzahirka­n apa yang mereka lalui.

“Itulah objektif kempen kami iaitu memberi peluang kepada kanak-kanak diabetes Jenis 1 untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka bersama masyarakat,” katanya.

Menurutnya, cabaran dalam kisah hidup pesakit kecil itu mengajak masyarakat supaya lebih memahami diri kanakkanak berkenaan dan apa yang dilalui setiap hari.

“Selain itu, kami percaya kempen kesedaran diabetes dan perkongsia­n kisah hidup kanakkanak ini akan memberi motivasi serta menaikkan semangat kanak-kanak diabetes yang lain.

“Jika mendapatka­n rawatan dan mematuhi saranan pemakanan, pesakit diabetes kecil ini boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Namun apa yang penting adalah sokongan keluarga dan rakan untuk mereka menikmati kehidupan yang sejahtera dan berjaya,” tambahnya.

 ??  ?? KANAK-kanak berkongsi kisah mereka mengenai diabetes jenis 1.
KANAK-kanak berkongsi kisah mereka mengenai diabetes jenis 1.
 ??  ?? ANTARA program menarik dijalankan.
ANTARA program menarik dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia