Harian Metro

Mesej keselamata­n lampin pakai buang

-

Jadi peringatan kepada ibu bapa,

anak supaya kekal selamat dan selesa sepanjang

perjalanan

mempunyai karakter yang comel dan menarik, siri berkenaan juga banyak memberi inspirasi kepada kanak-kanak supaya sentiasa mementingk­an keselamata­n dalam pelbagai situasi, terutama di jalan raya.

“Inilah yang memberi ilham kepada kami kerana Drypers juga sentiasa mengutamak­an keselesaan dan kualiti seiring dengan keselamata­n. Sempena musim perayaan ini kami juga mendapat lebih motivasi untuk menyelitka­n mesej keselamata­n jalan raya seperti dikongsika­n Robocar Poli di kaca televisyen. Sekurang-kurangnya, ia dapat menjadi peringatan berguna kepada ibu bapa dan anak supaya kekal selamat dan selesa sepanjang perjalanan nanti,” katanya.

Memetik statistik kemalangan di negara ini, Evelyn berkata, Malaysia antara negara yang mencatatka­n kadar maut dan kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.

“Pada 2016, sebanyak

7,152 nyawa terkorban dalam 521,466 nahas jalan raya. Statistik menunjukka­n 19 kematian berlaku di jalan raya setiap hari. Apa yang menyedihka­n, sepanjang dua minggu pertama Aidilfitri 2016, polis merekodkan lebih 20,294 kemalangan seluruh negara dengan 273 kematian. Angka itu seakan memberi amaran kepada kami supaya melakukan sesuatu untuk mendidik pemandu mengenai keselamata­n jalan raya,” katanya.

Rekaan Robocar Poli edisi terhad boleh didapati pada jenama lampin terlaris Drypers Wee Wee Dry. Sebagai tambahan, setiap belian Drypers Wee Wee

Dry (Edisi Terhad) Mega

Pek Kembar, pembeli akan diberikan koleksi penuh warna-warni mainan rasmi Robocar Poli.

Manakala pembelian Drypers Drypantz Mega Pek Kembar pula akan menerima kemeja-T kanak-kanak Robocar Poli. Lebih menarik, semua pek lampin berkenaan turut diberi tambahan enam keping percuma bagi setiap Mega pek.

Jelas Evelyn, Drypers ialah jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 17 tahun lalu. Lampin edisi terhad itu dihasilkan dengan keselesaan dan teras ThinDryTM yang diperbahar­ui. Produk ini direka khas untuk penyerapan sekata dan kekeringan sehingga 30 peratus supaya si kecil dapat bergerak dengan lebih selesa.

“Drypers Drypantz juga diperbahar­ui dengan padanan superfleks­i dan memastikan si kecil kekal kering hingga 10 jam.

Ciri baru pita lekat dan buang itu memudahkan lagi pembuangan lampin terpakai.

“Bagi ahli Drypers Baby Club, anda berpeluang memenangi hadiah istimewa Robocar Poli sekiranya menjadi salah seorang daripada 500 ahli terawal yang membeli pek Drypers Wee Wee Dry dan mendaftar kod unik di laman web Drypers Baby Club. Ahli Drypers Baby Club juga boleh mendapat maklumat terkini tentang pengumuman hadiah mingguan di laman web berkenaan,” katanya.

Drypers Baby Club ialah komuniti dalam talian yang terdiri daripada 250,000 ibu bapa di Malaysia di mana ahli Drypers Baby Club boleh berkongsi tip dan nasihat pada pelbagai peringkat keibubapaa­n. Menerusi platform atas talian, ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran melalui pembelian produk Drypers dan menebus hadiah menarik di Drypers Point Shop dengan cara lebih mudah.

Maklumat lanjut mengenai peraduan dan hadiah, sila layari laman Facebook, Drypers Malaysia. Jika mahu mengetahui lebih banyak tentang jenama ini dan menjadi ahli Drypers Baby Club, sila layari www. drypers.com.my.

 ??  ?? EVELYN (dua dari kiri) bersama Pengarah Jualan Bersekutu SCA Hygiene Marketing Malaysia, Yapp Pau Ling melancarka­n kempen
Balik Kampung Bersama Drypers Dan Robocar Poli.
EVELYN (dua dari kiri) bersama Pengarah Jualan Bersekutu SCA Hygiene Marketing Malaysia, Yapp Pau Ling melancarka­n kempen Balik Kampung Bersama Drypers Dan Robocar Poli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia