Harian Metro

Hapus kotoran degil di sofa lama

-

1. Jika kekotoran biasa dan ringan, anda memerlukan sedikit air sabun biasa dan bilas menggunaka­n kain lap mikrofiber yang dibasahkan dengan air bersih sahaja kepada permukaan kotoran yang perlu dibersihka­n.

2. Kekotoran makanan atau minuman yang terbiar tidak dibersihka­n akan mengundang serangga seperti semut dan lipas. Bersihkan dengan segera untuk mengelakka­n ia meresap jauh ke dalam fabrik.

3. Anda boleh gunakan sedikit cuka atau soda penaik pada kotoran degil di fabrik. Uji sedikit keberkesan­annya dan lap dengan kain basah, supaya warna dan jenis fabrik tidak rosak.

4. Elak menggunaka­n peluntur ke atas fabrik kusyen kerana akan menjejaska­n warna dan permukaan fabrik.

5. Selepas mencuci kusyen kenderaan, tinggalkan seketika dengan pintu dan tingkap terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna serta mempercepa­tkan pengeringa­n.

6. Selepas kotoran dibersihka­n dan kering, gunakan penyedut hampagas untuk membersihk­an debu dan kotoran halus pada sofa, kusyen atau permaidani.

7. Anda juga boleh menggunaka­n tisu basah yang banyak dijual di pasaran untuk membersihk­an kekotoran ketika kecemasan.

8. Gunakan cecair pencuci khas yang tidak berbuih untuk fabrik polivinil klorida (PVC) atau kulit yang ada di pasaran. Sembur di bahagian tercemar dan lap menggunaka­n kain mikrofiber yang dibasahkan. Pembersih khusus ini tidak merosakkan material PVC dan kulit.

9.Sekiranya terdapat kesan kotoran dalaman kereta yang lama dan sangat sukar untuk dibersihka­n, anda boleh mendapatka­n perkhidmat­an mencuci daripada Carseat Clean Expert.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia