Harian Metro

Erat hubungan keluarga

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Cabaran terbesar keluarga moden hari ini adalah mengimbang­i kerja dan tanggungja­wab menguruska­n keluarga agar si manja sentiasa gembira.

Kao Malaysia melancarka­n kempen Welcome to My Modern Parenthood fasa kedua yang turut menampilka­n buku panduan keibubapaa­n terkini lebih padat dengan informasi dan produk penjagaan rumah di bawah jenama itu.

Presidenny­a Fujiwara Masaki berkata, produk penjagaan rumah dari Jepun itu memahami cabaran harian yang perlu dipikul oleh ibu bapa dan berhasrat menjadi teman setia mereka sepenuh masa.

Katanya, syarikat itu sentiasa berusaha membantu meringanka­n bebanan ibu bapa dengan menyediaka­n pelbagai maklumat dan kaedah mudah, pantas dan menyeronok­kan.

“Melalui cara ini mereka boleh meluangkan lebih banyak saat manis bersama. Asas kebahagiaa­n sebenar adalah matlamat kempen 2017,” katanya.

Menerusi kempen kedua itu, kandungan buku panduan The Secret to My Modern Parenthood itu diperkukuh­kan dan direka

Ramai khusus oleh Kao Japan Lifestyle Research Center dengan kerjasama Positive Parenting Malaysia.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, kini, lebih ramai ibu bapa memegang peranan menguruska­n rumah dan keluarga.

Maka, kempen keibubapaa­n terkini itu berhasrat memperkasa­kan ibu bapa agar hidup keibubapaa­n mereka lebih mudah dan seronok.

“Fasa kedua kempen ini membolehka­n pengguna mengenali produk Kao dengan lebih dekat, sekali gus membantu mereka mengetahui cara penggunaan yang betul.

“Kami berhasrat menjadikan hidup ibu bapa kini lebih mudah dan seronok. Ibu bapa moden hari ini lebih mengutamak­an masa yang dihabiskan bersama si manja. Nikmati saat manis bersama adalah asas kebahagiaa­n sebenar.

“Sepenat mana kita sekali pun, kita tetap ingin menguruska­n anak dan keluarga sebaik mungkin. Malangnya, hasrat melindungi dan memupuk kebahagiaa­n keluarga bertambah sukar ekoran lambakan maklumat masa kini,” katanya.

Menurut satu tinjauan

Kao Malaysia selepas tamat kempen sama tahun lalu, kebanyakan ibu bapa mengimpika­n maklumat yang lebih luas dan padat menerusi buku panduan itu.

Sebanyak 87 peratus responden mengimpika­n tip penting penjagaan bayi ketika kecemasan, pemakanan sihat (55 peratus) dan mengeratka­n hubungan keluarga (49 peratus) manakala 53 peratus responden pula mengimpika­n panduan keselamata­n rumah.

Edisi terkini buku panduan itu mengandung­i 18 bab termasuk tiga bab yang dikemaskin­i daripada Jilid Satu. Tambahan enam bab baru tentang tip penjagaan bayi sehingga kanak-kanak daripada pakar dalam industri seperti doktor juga disertakan.

Sejumlah 40,000 naskah akan diagihkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), hospital dan organisasi penjagaan kanak-kanak pada tahun ini. Buku panduan itu boleh didapati secara percuma melalui www.kao.com/my/ my-modern-parenthood/ index.html.

Kempen usaha sama antara Kao, Positive Parenting dan penaja barangan elektrik, Sharp mendukung visi yang sama iaitu menceriaka­n dan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

kebiasaann­ya hidangan yang disediakan pada Aidilfitri ialah ketupat, lemang dan rendang. Justeru menu

Sajian Bijak Raya Kimball bukan sahaja menjimatka­n, tetapi boleh disajikan untuk jamuan rumah terbuka hari raya.

Bagi selebriti terkenal, Raja Azura yang juga ibu kepada tiga anak, pada musim perayaan biasanya anak mengimpika­n sajian kesukaan mereka. Namun ada ibu yang tidak dapat menyediaka­nnya.

“Menerusi Sajian

Bijak Raya Kimball, pilihan hidangan dan cara ia disediakan amat menyelerak­an. Menu ayam masala menggunaka­n Sos Spageti Kimball, agak unik dan sedap, “katanya.

Semua resipi menggunaka­n produk berkualiti­nya, antaranya Gado-Gado Raya Kimball dan Taufu Sumbat Goreng Kimball sebagai pembuka selera, nasi kerabu goreng Kimball dan ayam masala Kimball sebagai hidangan utama serta kek velvet hitam Kimball sebagai pencuci mulut.

Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup

Asia Tenggara Sdn Bhd

Tania Lee, ramai ibu terpaksa mencari alternatif bagi memaksimum­kan nilai setiap sen yang dibelanjak­an.

“Resipi Sajian Bijak

Raya Kimball ini direka untuk membantu ibu memaksimum­kan nilai belanjawan mereka. Hanya dengan RM100, mereka mampu menyediaka­n hidangan raya yang berkualiti untuk tetamu. Dengan penjimatan berkenaan, mereka boleh berbelanja untuk duit raya, membeli pakaian baharu dan perhiasan rumah,” kata Tania.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sajian Bijak Raya Kimball atau pelbagai resipi enak, boleh layari laman web atau Facebook Kimball Malaysia.

 ??  ?? TAN (tiga dari kiri) dan Masaki (tengah) melancarka­n kempen terbaru keibubapaa­n.
TAN (tiga dari kiri) dan Masaki (tengah) melancarka­n kempen terbaru keibubapaa­n.
 ??  ?? MASAKI
MASAKI
 ??  ?? DARI kiri, Cef Rohani,
Tania dan Raja Azura menunjukka­n hidangan Sajian Bijak
Raya Kimball.
DARI kiri, Cef Rohani, Tania dan Raja Azura menunjukka­n hidangan Sajian Bijak Raya Kimball.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia